Nasihat Buat Pemerintah yang berada di tangan pembaca ini merupakan terjemahan karya Hujjat al-Islam Abu Hamid al-Ghazali dengan judul asal, al-Tibr al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk. Risalah ini dikarang untuk ditujukan khusus kepada Sultan Muhammad bin Malik Shah, seorang pemerintah Empayar Seljuq pada waktu itu.
Dalam karya ini, susun atur kandungannya terbahagi kepada tujuh bab – didahului oleh satu bahagian awal yang diasingkan. Pada bahagian pendahuluan, Imam al-Ghazali menekankan asas-asas usul bagi iman, cabang-cabang iman yang melibatkan dasar-dasar keadilan dan kesaksamaan, serta hakikat dunia dan kematian yang mesti direnungkan dengan mendalam oleh para pemimpin.
Imam al-Ghazali kemudiannya membicarakan secara komprehensif perihal keadilan dan siasah, kementerian, kesetiausahaan, sahsiah seorang pemerintah, kata-kata hikmah para hukama’, kemuliaan akal serta perihal wanita. Banyak kisah pemimpin unggul terdahulu turut disertakan untuk dijadikan contoh teladan. Ternyata kandungan karya ini kekal relevan sebagai panduan bermakna untuk para pemerintah seluruh dunia.
Dalam ‘Dendam Orang Menang,’ kita dibawa ke dalam dunia Tan Sri Shahrir Samad, yang menghadapi cabaran terbesar dalam karier politiknya. Buku ini mengisahkan bagaimana beliau berjuang melawan tuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima dari Datuk Seri Najib Razak melalui cek kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Di tengah serangan dan tuduhan dari Pakatan Harapan, naratif ini mengungkapkan perjalanan beliau membersihkan namanya dan keberhasilannya dalam menghadapi kes pendakwaan terpilih. Dengan penceritaan yang mendebarkan dan penuh emosi, ‘Dendam Orang Menang’ membawa pembaca ke dalam pusaran politik, keadilan, dan dilema moral.
Lebih dari sekadar perjuangan di mahkamah, buku ini juga menjelajahi kedalaman karakter, kekuatan semangat, dan ironi dalam politik. Cerita ini mencerminkan perjuangan mencari keadilan dalam sistem yang kompleks dan penuh cabaran. Saksikan bagaimana Tan Sri Shahrir mengatasi rintangan ini dengan keberanian dan ketabahan, menjadikan ‘Dendam Orang Menang’ sebuah kisah inspiratif tentang ketahanan, integritas, dan pencarian kebenaran dalam dunia yang serba kelabu.
BLURB:
“Jika Korea adalah seseorang, ia akan didiagnosis sebagai berkelakuan aneh, dengan kedua-dua inferioriti dan superiority complex.” ― Euny Hong, penulis buku The Birth of Korean Cool: How One Nation Is Conquering the World Through Pop Culture
Hari ini, gelombang budaya Korea, terutama merangkumi hiburan mereka, tak kira muzik dan wayang gambar, semuanya sedang menakluk dunia.
Tetapi sejarahnya bermula ketika ribuan tahun yang lalu, ketika raja Korea bernama Dangun yang berasal dari kayangan, ke era tiga kerajaan Korea saling berperang demi menguasai seluruh semenanjung, sehinggalah kepada berdirinya Joseon yang sangat mengagumkan itu.
BAHAGIAN 1: NEGARA BANGSA KOREA
Bab 1: Mitos Dangun
Bab 2: Han – Identiti Unik Bangsa Korea
BAHAGIAN 2: SEJARAH PEMBENTUKAN
Bab 3: Zaman Prasejarah Korea
Bab 4: Pembentukan Kerajaan Prasejarah Gojoseon (Joseon Lama)
Bab 5: Zaman Tiga Kerajaan (Goguryeo, Baekje & Silla)
Bab 6: Kerajaan Silla Bersatu (Unified Silla)
Bab 7: Pembentukan Dinasti Goryeo (935 M–1392 M)
Bab 8: Kemunculan Dinasti Joseon (1392 M–1897 M)
Bab 9: Empayar Korea (1897 M–1910 M)
BAHAGIAN 3: ERA PENJAJAHAN
Bab 10: Penjajahan Jepun ke Tanah Korea
Bab 11: Pemisahan Dua Tanah Korea
Bab 12: Korea Utara
Bab 13: Korea Selatan
BAHAGIAN 4: TRIVIA KOREA
Bab 14: Simbol Kebangsaan Korea
Bab 15: Mitos dan Legenda
Bab 16: Sistem Tulisan Unik Tamadun Korea
Bab 17: Gaya dan Fesyen Pemakaian
Bab 18: Kesenian dan Kesusasteraan
Bab 19: Aneka Rasa Makanan Korea
Bab 20: Sukan dan Permainan
Bab 21: Kehidupan Sosial, Sistem Pendidikan dan Masyarakat
Bab 22: Agama dan Kepercayaan
BAHAGIAN 5: FIGURA PENTING DALAM TAMADUN KOREA
Bab 23: Jumong – Pengasas Goguryeo (58–19 SM)
Bab 24: Jeneral Kim Shin/Kim Yu Shin (595–673 M)
Bab 25: Ratu Seondeok (595–647 M)
Bab 26: Jeong Dojeon/Sambong (1342–1398 M)
Bab 27: Raja Taejong (1367–1422 M)
Bab 28: Raja Sejong Yang Agung (1397–1450 M)
Bab 29: Jang Yeong Sil – Saintis Joseon (1380 M– tidak diketahui)
Bab 30: Shin Saimdang – Pelukis Wanita Joseon (1504–1551 M)
Bab 31: Laksamana Yi Sun Shin – Laksamana Agung Joseon (1545–1598 M)
Bab 32: Heo Jun – Bapa Perubatan Korea (1546–1615 M)
Bab 33: Putera Sado (1735–1762 M)
Bab 34: Raja Jeongjo (1776–1800 M)
Bab 35: Yu Kil Chun – Reformis Bahasa Korea (1856–1914 M)
Bab 36: Kim Gu (1876–1949 M)
Bab 37: Ahn Jung Geun (1879–1910 M)
Bab 38: Yu Gwan Sun – Gadis Pejuang Kemerdekaan Korea (1902–1920 M)
Persoalan bila Nabi Adam A.S turun ke dunia, persoalan tentang di mana letaknya evolusi dalam umat manusia, dan apakah pendirian umat Islam dalam menanggapi spesies manusia selain Homo Sapiens (Manusia Moden), sentiasa membelenggu kita sejak azali lagi.
Buku ini ditulis dengan ayat jitu untuk kefahaman awam, kami berharap buku ini akan memainkan peranan besar dalam menjawab segala pertanyaan anda.
Pelaburan ialah satu perjalanan yang panjang. Kita bermula dari A da mahu menuju ke Z. Ramai dari ita yang tidak mahu melalui B-C-D tetapi terus hendak pergi ke W-X-Y. Sikap sedemikian menyebabkan kita langsung tidak sampai ke garisan penamat. Maka, buku ini dapat menjadi panduan untuk mereka yang mahu atau sedang perjalanan tersebut. – Suzardi Maulan
Masyarakat ingin memahami bagaimana untuk mengembangkan kewangan mereka, tetapi secara jujur– pelaburan boleh menjadi sesuatu yang membingungkan termasuklah bagi golongan profesional yang paling berpengalaman. Dalam buku ini, Adib dan Kauthar telah menyusun asas-asas pelaburan secara realistik dan mudah difahami, menggunakan bahasa harian. – Aaron Tang