Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Pelaksanaan Hudud Di Malaysia (C146)

RM29.00
Price in points: 29 points
Weight: 0.31 kg
9789675128264
Out-of-stock
Add to wish list
===========================
Format: Paperback
ISBN-13: 9789675128264
TahunTerbit: 2015
Jumlah Muka Surat: 179

Berat (Kg): 0.305 kg
Penyunting : Asyraf Wajdi Dusuki
Penerbit : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
===========================
 
Sinopsis 

Perbahasan mengenai hudud hari ini banyak dicorakkan atas dasar sentimen semangat dan retorik perpolitikan semata-mata. Seringkali juga masyarakat dihidangkan dengan polemik hudud tanpa memahaminya secara tuntas apatah lagi dalam konteks perlaksanaannya di Malaysia masa kini.

Justeru buku ini diterbitkan bertujuan merungkai pelbagai persoalan mengenai hudud yang kembali menjadi polemik hangat dalam masyarakat. Buku ini menghimpunkan kertas-kertas kerja sempena Muzakarah Jenayah Syariah Kebangsaan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 29 Mei 2014 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Buat julung-julung kalinya YADIM berjaya menghimpunkan tokoh-tokoh akademik, ulamak dan cendekiawan daripada pelbagai latar belakang dari kalangan pimpinan-pimpinan parti politik, pakar-pakar perundangan Islam dan Perlembagaan Malaysia termasuklah bekas Ketua Hakim Negara dalam satu forum membincangkan secara ilmiah, terbuka dan ikhlas mengenai perlaksanaan hukum jenayah Syariah termasuklah hudud, qisas dan takzir dalam konteks Malaysia.

Melalui kertas-kertas kerja ini, pelbagai perkara pokok dibincangkan termasuklah kedudukan hudud dalam kerangka Syariah dan perundangan Islam, pandangan-pandangan fukaha mengenai keberkesanan perlaksanaannya masa ni, usaha pengkanunan atau mentaknin hukum hudud dalam konteks Kelantan dan Terengganu, cabaran dan peluang perlaksanaan dalam kerangka perundangan negara, dan perbandingan penggubalan hukum jenayah Syariah antara Brunei dan Malaysia 

Antara kupasan kandungan yang terdapat di dalam buku ini;

Isu hudud yang semakin hebat diperdebatkan kebelakangan ini harus ditangani dengan penjelasan yang menyeluruh kepada masyarakat awam khasnya. Perbahasan mengenai hudud hari ini banyak dicorakkan atas dasar sentimen semangat dan retorik perpolitikan semata-mata. Disebabkan polemik yang tidak berkesudahan ini, masyarakat hanya melihat hudud itu dari sudut yang sempit dan negatif. Sedangkan masih meluas lagi perincian yang perlu dikaji dan diselidiki sebelum sesuatu hukum itu dijatuhi kepada pesalah.

Buku yang menghimpunkan kertas-kertas kerja sempena Muzakarah Jenayah Syariah Kebangsaan pada tahun lalu ini menampilkan 9 kertas kerja  yang sarat dengan kupasan-kupasan mengenai pelbagai dimensi hukum hudud daripada pelbagai tokoh yang mempunyai pelbagai latar belakang.

 

Tajuk-tajuk yang dimuatkan di dalam buku ini ialah:

1. Hudud Menurut Al-Quran dan al-Sunnah
Dato’ Dr Haji Mahfodz Mohamed

2. Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia Ditinjau dari Perspektif Maqasid Syariah
Prof. Emiritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid

3. Keadilan Hudud dan Pelaksanaannya Menurut Pandangan Mazhab Fiqh
Dr. Mushaddad Hasbullah

4. Ke Arah Pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993
Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Dato’ Haji Hassan

5. Taknin Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M; Satu Kewajipan dan Langkah Dakwah
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali

6. Penggubalan Undang-Undang Hudud di Brunei dan Malaysia: Masalah Yang Berlainan
Tun Abdul Hamid Mohamad

7. Hudud dari Perspektif Perlembagaan dan Undang-Undang
Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz

8. Hudud Satu Perbincangan: Tanggapan, Suasana dan Keberkesanan
Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

9. Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam (Hudud, Qisas, Takzir) di Malaysia – Prospek dan Cabaran
Tun Abdul Hamid Mohamad

 

(Sumber maklumat daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia)

 


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI