Ada dua sumber asas yang menjadi acuan kebenaran sejarah ini. Pertama, catatan Antonio Pigafetta. Pelayar berdarah Itali, salah seorang pelayar yang ikut dalam eksplorasi Armada Maluku. Selama dalam pelayaran, Antonio Pigafetta kerap bersama Enqirue. Hakikat ini terpapar dalam catatannya yang banyak bertabur kosa-kata bahasa Melayu. Di kapal itu hanya Enrique seorang sahaja yang menguasai bahasa Melayu. Dalam catatan ini dikatakan Enrique Maluku adalah pembantu Ferdinand Magellan. Antonio Pigafetta juga mencatatkan bahawa pelayaran Enrique Maluku bersama Ferdinand Magellan. Anotnio Pigafetta juga mencatatkan bahawa pelayaran Enrique Maluku bersama Ferdinand Magellan menempuh jarak 80,340 km.
Kedua, sumber Maximillianus Transylvanus. Sumber ini lebih menegaskan lagi bahawa Enrique de Malacca atau Panglima Awang merupakan penterjemah yang berasal dari Maluku. Maximillianus, wakil takhta suci, menyimpulkannya setelah mewawancarai 18 orang anak kapal yang selamat pulang ke Sepanyol, di bawah pimpinan Sebastian de Elcano.