Penerbit: Penerbit USM
Penulis: Nazrul Hassan
Muka Surat: 154
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.240
Meskipun begitu, agama Islam sebagai agama syumul mempunyai tatacara tersendiri bagi pelaksanaan ibadat wajib dalam situasi bencana. Perincian serta penjelasan mengenai proses ibadat ketika keadaan bencana ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga kepentingan umatnya serta tidak memberatkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mampu dilakukan ketika bencana.
Panduan Solat Ketika Bencana ini adalah penjelasan secara menyeluruh mengenai aspek-aspek utama yang perlu dititikberatkan dalam melaksanakan ibadat solat ketika menghadapi bencana. Kandungannya merangkumi definisi serta jenis bencana yang berlaku, pengertian rukhsah, perbahasan hukum serta kaedah solat ketika bencana dan garis panduan asas untuk umat Islam melaksanakan solat mengikut kesulitan bencana yang menimpa. Penerangan bagi setiap tatacara adalah mengikut prinsip-prinsip yang digariskan dalam Islam sesuai dengan keadaan serta kesukaran yang dihadapi oleh umat Islam.