Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Panduan Mengkaji Manuskrip Perubatan Melayu (Z10)

RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.13 kg
9789672422181
5 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Panduan Mengkaji Manuskrip Perubatan Melayu 
ISBN: 9789672422181 
Penerbit: Akademi Jawi Malaysia Sdn Bhd 
Penulis: Mohd Affendi bin Mohd Shafri
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat:52
Format: Softcover
Berat (kg):0.13 kg
Dimensi (cm): 22.9 cm x 15.3 cm x 0.5 cm
 
Sinopsis
 

Panduan Mengkaji Manuskrip Perubatan Melayu disusun serta dikembangkan daripada kaedah sedia ada serta penambahan kaedah baharu, dikumpulkan secara ringkas dalam panduan ini untuk digunakan dalam bengkel-bengkel perumian. Justeru, buku panduan yang diberi nama Panduan Mengkaji Manuskrip Perubatan Melayu juga boleh dijadikan panduan kilat dan pantas oleh para pelajar dan pengkaji untuk merangka kajian dan menulis kertas cadangan kajian mereka.

Kajian ke atas manuskrip perubatan Melayu sedang berkembang dengan baik di rantau ini. Kesedaran masharakat tentang kehadiran khazanah ini menarik perhatian banyak pihak untuk mengusahakan kajian sama ada ke atas manuskrip mahupun kandungan manuskrip tersebut. Ini menyebabkan bahawa kajian ke atas manuskrip perubatan Melayu tidak lagi terhad kepada usaha yang dijalankan oleh ahli sejarah dan ke atas naskhah secara fizikal, tetapi turut melibatkan para saintis dan sarjana dalam ‘ilmu perubatan dan ‘ilmu kesihatan terhadap ‘ilmu yang terkandung di dalamnya.

Para pengguna panduan ini adalah dinasihatkan supaya turut merujuk kepada buku-buku panduan sedia ada serta menyertai bengkel-bengkel yang diadakan dan semasa ke semasa untuk memantapkan pemahaman dan kemahiran. Kaedah yang terkandung dalam panduan ini juga bukanlah bersifat muktamad malah boleh diperbaiki sekiranya tidak bersesuaian atau perlukan penambahbaikan.

Manuskrip perubatan Melayu merupakan salah satu bidang penulisan yang popular di kalangan orang Melayu jika dilihat dari segi bilangan, keragaman dan sebarannya yang luas. Secara tidak langsung, ini menunjukkan ‘ilmu perubatan sudah menjadi satu bidang ‘ilmu yang penting dalam kalangan orang Melayu yang di’amalkan dan dirakam dalam bentuk tulisan, merakyat dan membumi. Beberapa kawasan di ‘Alam Melayu diketahui pernah menghasilkan banyak karya perubatan contohnya Fatani, Pontianak dan Riau-Lingga. Setengahnya mempunyai tabib-tabib diraja yang turut meninggalkan karya sama ada secara bertulis atau bercetak.

Manuskrip perubatan Melayu secara ‘amnya mesti mengandungi kandungan yang mewakili ‘ilmu perubatan iaitu lebih daripada 80% perbincangannya mestilah mengenai perubatan. Sebuah kitab fiqh tidak sesuai dikategorikan sebagai kitab perubatan meskipun kandungannya mungkin berkaitan dengan hal ehwal tubuh badan manusia seperti hayd. Manakala manuskrip yang mempunyai berbilang-bilang ‘ilmu tanpa bab-bab yang jelas mestilah dirujuk sebagai kitab mujarrabat sahaja dan tidak sesuai dikategorikan sebagai kitab perubatan.

Penerbit:
Akademi Jawi Malaysia
Tahun Diterbitkan:
2021
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
52 Muka Surat

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI