Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


OS : Gadis Kecil di Pinggir Gaza (R10)

RM18.00
Price in points: 18 points
Weight: 0.30 kg
OS
Out-of-stock
Add to wish list

 

ISBN-13: 978-967-408-102-7 
Tarikh Terbit: 19 Oct 2012
Jumlah Muka Surat : 352

Kategori: Novel Dewasa

Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd

 

 

Namanya Palestine dan umurnya baru 11 tahun. Pada usia semuda itu, dia sudah hidup sendiri. Ibu dan adik-beradiknya terkorban dalam pengeboman zionis. Ayahnya pula dikhabarkan sudah berada di tangan zionis. Palestine tetap meneruskan hidupnya dengan satu matlamat, mencari ayahnya yang sudah mendekam di penjara Maskobeyya. Inilah novel yang merakamkan derita penduduk Palestin melalui gadis kecil yang bernama Palestine. Berjayakah Palestine?

Membaca novel ini membuatkan perasaan marah dan sedih bercampur baur. Kuatnya hati kecil Palestine menghadapi kematian ahli keluarganya dan sungguh beraninya Palestine menentang kekejaman Yahudi latnatullah…

Novel ini menceritakan tentang, gadis berusia 11 tahun bernama Palestine. Rumahnya di bom oleh tentera Israel dan mengakibatkan ibu, abang dan kakaknya terbunuh. Ayahnya, Yahded Haidar, seorang pejuang Hamas. Palestine kemudianya ditempatkan di sebuah pusat perlindungan.

Yanaan, seorang budak lelaki yang ditugaskan menjaga kanak-kanak di pusat perlindungan berkali-kali mendesak Palestine menukarkan namanya demi keselamatan. Palestine tidak peduli dan terus berbangga dengan nama tersebut. Yanaan juga sering bertanya, siapa bapa Palestine. Palestine tetap mendiamkan diri kerana pernah berjanji dengan ayahnya untuk berbuat demikian.

Palestine berkawan rapat dengan Adeeba, seorang kanak-kanak yang dikatakan gila kerana tekanan perasaan. Adeeba seolah-olah boleh meramal masa depan dan memberitahu Palestine ayahnya telah ditangkap dan dipenjarakan.

Palestine dan beberapa kanak-kanak yang lain mengepalkan tahi kuda pada batu-batu kemudiannya melemparkannya kepada askar-askar Israel yang sedang berkawal. Akibat daripada itu, dia di tembak dibahagian dada. Sewaktu bertarung dengan nyawa, ayahnya dapat membebaskan diri dari Askar Israel dan telah menyamar untuk masuk ke hospital dan melawat Palestine. Namun,a apabila Yahded Haidar cuba mendapatkan makanan dan minuman untuk Palestine, dia ditangkap semula.

Kerana terlalu merindui ayahnya, Palestine nekad untuk mencari ayahnya di penjara. Dia memberitahu Hebrew, askar yang pernah menembaknya tentang ayahnya dan Palestine diculik. Hebrew kemudian meninggalkan Palestine di sebuah rumah kosong dalam keaadaan terikat. Palestine diselamatkan dan dibawa pulang oleh seorang nenek untuk berkawan dengan cucunya yang cacat, Iffat.

Apabila nenek Hajna dan Iffat pergi melawat ibubapa Iffat dipenjara, Palestine turut dibawa dan dia mengirimkan surat untuk ayahnya. Perkara tersebut, kemudiannya diketahui oleh ketua penjara dan ayah Iffat terus di penjarakan, hanya ibunya sahaja dibebaskan. Ibu Iffat menyalahkan Palestine dan bertindak menghalau Palestine.

Palestine tidak tahu dia harus kemana dan dia juga sering sakit dada kesan daripada luka tembakan.
-Sad Ending-
Write a review

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI