Penerbit: Al Amin Edu Oasis Sdn Bhd
Penulis: Anne Medina, Umi Kalthum Ngah
Muka Surat: 182
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.260 kg
Dimensi (cm): 21 cm x 14.8 cm x 1 cm
Kayla, Rania, Asiah, Sajidah, Nailah, April, Elyas, Hud, Farhan, Ziyad, Ali dan Borhan adalah pelajar-pelajar SMAT. Pun begitu, masing-masing mempunyai kehidupan sendiri yang pelbagai dan tidak kurang onak ranjaunya.
"Ya, ampun, Hud. Tolonglah bangun. Kau mesti tengok apa yang aku jumpa!"
Rania menunjukkan kotak kayu itu betul-betul di hadapan muka Hud. Mata Hud yang sukar dibuka tadi tiba-tiba sahaja membesar. Dia bingkas bangun dan mencapai kotak itu daripada Rania.
"Mana kau dapat?"
"Aku jumpa di kamar bacaan."
Giliran Hud pula membelek-belek kotak itu.
"Tapi aku tak dapat membukanya!" Jelas Rania dengan nada marah serta kecewa. "Cuba lihat reka bentuk ukirannya. Cantik dan unik."
Hud menjalari jarinya pada kotak itu untuk merasai setiap ukiran tersebut."la mempunyai Jata Negara Mangkunegaran. Nama pada kotak ini Kesumaputri Candrakirana. Jelas ia menunjukkan nama kau dan bonda. Jadi, ia adalah kotak kau, Rania. Kau yang perlu membukanya, bukan aku." Hud membuat kesimpulan. "Persoalannya ialah... di mana kuncinya?"