Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


NOVEL NIRMALA KASIH HANAN (FAJAR PAKEER) (Z9)

RM31.00
Price in points: 31 points
Weight: 0.57 kg
9789838222358
10 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: NOVEL NIRMALA KASIH HANAN (FAJAR PAKEER)
ISBN: 9789838222358
Penerbit: FAJAR PAKEER
Penulis: QSTNAAFRN
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 727 M/S
Halaman: HITAM PUTIH
Format: PAPERBACK
Berat (kg): 0.57 KG
Dimensi (cm): 11.5cm x 18.5cm x 3cm
 
SINOPSIS
 
Tidak bernoda, lebih kuat mengagumi jiwa, lebih suci tiada terbatas
 
Dia tidak pernah tunduk dengan ketakutan pada manusia. Lemah tiada di dalam kamus hidupnya. Dirinya digeruni oleh ramai orang, didambakan oleh wanita. Semuanya nampak sempurna…
 
Cacat? Lumpuh? Lembik? Semuanya misteri untuk diungkapkan. Kini dia kaku tidak berfungsi. Dulu diri ini dibanggakan tetapi sekarang semuanya perlukan bantuan.
 
“Jangan buat I macam ni. I merayu sangat. Kalau you menyesal dengan apa yang you dah buat, I akan maafkan you dan beri lagi satu peluang.” – Tengku Luth Hanafi Rafael
 
Dusta! Itulah label yang sesuai setelah dia mencintai seorang perempuan yang hanya menemaninya demi kemewahan dan kesenangan.
 
Entah datang dari mana, muncul seseorang dalam hidup Luth. Semuanya tidak dirancang. Bencinya pada wanita masa lalu, menular pula kepada gadis misteri yang membuat hidupnya bertambah serabut.
 
Argh! Hanan yang paling keras kepala. Buatlah apa pun dia tetap tak boleh nak takutkan gadis ini. Dah ditengking, dah dimaki, dah disumpah seranah pun tetap tak jalan. Dari mana gadis ini beli hatinya? Keras semacam!
 
“Aiming for the moon but what you get is the star. Sasarkan sahaja impian terbesar kita. Mungkin sasaran kita tersasar dan apa yang kita dapat adalah sesuatu yang kita tak jangka.” - Hanan Sofea
 
Di saat gadis itu memberi semangat kepada Luth untuk tidak jatuh ke curam lagi, muncul kembali masalah di masa lalu. Satu demi satu, menciptakan konflik, membangkitkan tragedi.
 
"So Hanan, kau yang akan tentukan segalanya. Kau lebih percayakan jantan keparat ni atau aku..." - Emilea Natasha
 
"Hanan suburkan cinta kita, suburkan cinta pada Tuhan. Hanan berikan peluang pada abang untuk merasai sebuah kehidupan. You’re more than everything in this world.” – Tengku Luth Hanafi Rafael
 
Masih adakah keabadian cinta milik Luth setelah duri menular di dalam hati Hanan? Tegakah bertahan perit menusuk asbab ketidakjujuran yang melewati?
 
Nirmala kasih antara kita, adalah cara takdir mendewasakan, walhal kita adalah sebuah sempurna yang tak mungkin dimiliki.
 
“Seperti bintang. Kita nampak dia terlalu kecil daripada bulan tapi sebenarnya dia lebih indah daripada apa yang kita sangka.
 
 
Penerbit:
FAJAR PAKEER
Tahun Diterbitkan:
2023
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
727 Muka Surat

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI