Penerbit: Karya Seni
Penulis: Rose Harissa
Muka Surat: 373
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.305kg
Dimensi (cm): 18cm x 11cm x 2cm
Saat cita-cita menjadi salah seorang ‘geng pecah pintu’ tercapai, Umar Alhaidhar menyedari bahawa hidupnya sangat dekat dengan kematian.
Oleh itu bukan mudah bagi Umar mendedahkan identiti kepada orang awam termasuk kepada keluarga sendiri. Dia ceria dan perahsia dalam waktu bersamaan.
Tapi ketika bersama pasukan, setiap tindakan Umar mengungkapkan ketangguhan mental, tujuan dan tekad yang tak tergoyahkan. Segala parut yang terhasil daripada latihan intensiti tinggi dan operasi tersembunyi di sebalik uniform Umar. Hanya Megat Adri dan sahabat-sahabat Black Ghost yang mengetahuinya.
Sumpah perajurit komando yang dilafaz oleh Umar saat dianugerahkan beret hijau, menjadikan dia malas mencari cinta. Walau ada yang menyuakan diri. Bukan sembarangan perempuan boleh hidup bersamanya. Bertahun-tahun Umar tumpahkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Rejimen. Sehinggalah dia bertemu seorang gadis. Sekali, tak sengaja. Dua kali, kebetulan. Tiga kali? Umar mula anggap gadis itu jodoh.
“Kenapa ak suka komando?” – UMAR ALHAIDHAR
“Sebab … ganas, gatal, kanibal! Jangan bagi tahu saya awak komando....” – MIKANADIRA
“Tak. Saya ‘askar pekak’.” – UMAR ALHAIDHAR
Tapi tuntutan tugas, memaksa Umar terpaksa melupakan si ‘bunga yang wangi dan tercinta’.
Setelah para perwira menggadai nyawa mempertahankan kedaulatan negara sejak puluhan tahun lamanya, ada tangan-tangan ghaib membuka pintu kepada para bandit. Kuala Lumpur huru-hara.
Bagai halilintar, bersama para sahabat ‘Black Ghost’, Umar mempertaruhkan nyawa di Menara TRX.
Mampukah Kumbang menumpaskan musuh, melindungi orang awam dan kembali kepada bunganya?