Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Imam Al-Ghazali
Muka Surat: 346
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.430kg
Dimensi (cm): 21cm x 15cm x 2.5cm
Pernikahan adalah salah satu tanda kebesaran Allah s.w.t. Dia menciptakan tiap perkara itu berpasang-pasangan. Wanita adalah sumber ketenangan bagi lelaki, dan lelaki adalah pelindung bagi wanita.
Walaupun hikmah pernikahan itu adalah kemuliaan dan keindahan, mengapa semakin banyak pernikahan yang akhirnya berhujung perpisahan. Di manakah sakinah, mawaddah dan rahmah yang dijanjikan itu?
Imam al-Ghazali menghadiahkan sebuah tulisan yang mengumpulkan nasihat-nasihat bermakna buat yang bakal berkahwin dan sudah pun berkahwin.
Antara bab yang dikupas:
1. Dorongan Berkahwin
2. Kelebihan Berkahwin
3. Akad Nikah, Syarat-syaratnya dan Petunjuk Mengenai Wanita
4. Tanggungjawab dan Hak Suami Isteri
Allah s.w.t. menghadiahkan cinta, kita bertanggungjawab menyiramnya dan menjaganya dengan panduan ilmu dan syariat-Nya.
Pernikahan adalah kisah dua jiwa yang berjuang bersama kala susah dan senang. Cinta yang benar mampu menjelma menjadi kekuatan yang tiada habisnya. Selamat membaca.