Penerbit: Latip dan keluarga enterprise
Penulis: Abdul Latip Talib
Muka Surat: 304 m/s
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.414kg
Dimensi (cm): 21.7cm x 14cm x 1.8cm
Nabi Sulaiman AS mewarisi kerajaan pemerintahan ayahnya, Nabi Daud AS selepas baginda wafat. Baginda memiliki keistimewaan mampu berbicara dan memahami bahasa haiwan sehingga semua makhluk itu mengikuti kehendaknya.
Kisah Nabi Sulaiman AS merangkumi kerajaannya yang hebat, mukjizat yang dikurniakan sehingga semua makhluk tunduk kepadanya, tenteranya yang terdiri daripada golongan manusia, haiwan dan jin serta dakwah baginda terhadap Ratu Balqis sehingga pemimpin Kerajaan Saba' itu memeluk Islam.
Nabi Sulaiman AS wafat dalam keadaan duduk di kerusi, dengan memegang tongkat sambil mengawasi dan memerhatikan jin yang bekerja. Tiada siapa yang menyedari kematian baginda sehinggalah tongkatnya dimakan anai-anai.