Tajuk : Nabi Juga Seorang Manusia
ISBN : 97896772459293
Penulis : Khubaib Akhi
Tahun: 2021
Muka Surat : 319
Berat: 0.44
Saiz: 21.0cm x 14.8cmx 1.7cm
SINOPSIS
Meneroka Sisi Yang Hilang Dalam Meneladani Sirah
Merungkai sisi manusiawi Nabi SAW yang selalunya tersembunyi untuk menambah keakraban dan kecintaan kita terhadap Baginda SAW, lalu meneladaninya dalam segenap aspek kehidupan.
Kita selalu disajikan dengan kisah hidup Nabi SAW yang penuh keajaiban dan mukjizat. Namun, ia sering kali membuatkan sirah yang dibaca semakin jauh daripada realiti hidup kita yang tidak sempurna.
Bagaimana jika kita berkenalan semula dengan Baginda SAW sebagai seorang manusia?
Andai diteroka sedalamnya, apa yang kita lalui sehari-hari mempunyai persamaan dengan apa yang dilalui oleh Nabi SAW.
- Baginda SAW juga melalui kehidupan yang sarat ujian;
- Baginda SAW juga terbuat silap, sehingga ditegur Allah SWT.
- Baginda SAW insan maksum, namun turut memiliki fitrah semula jadi seperti kita.
Melalui buku ini, Khubaib Akhi merungkai sisi manusiawi Nabi SAW yang selalunya tersembunyi.
Ia bukanlah untuk meremehkan Baginda SAW, sebaliknya untuk menambah keakraban dan kecintaan kita terhadap Baginda SAW, lalu meneladaninya dalam segenap aspek kehidupan. Manusiawinya Nabi SAW tentulah ada pengecualiannya, Nabi tetap Nabi dengan jaminan maksum yang ditetapkan Allah SWT.
"Baginda agung. Baginda manusia paling agung. Tetapi baginda adalah manusia. Bukan tuhan, bukan sembahan, bukan idola. Kita mengikut baginda sallallāh ‘alayhi wa sallam adalah dengan ilmu, iman, dan amal berpandukan sunnah baginda. Bukan dengan cara-cara bid’ah dan khurafat rekaan generasi jauh di selang masa."
- Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
PROFIL PENULIS
Khubaib Akhi merupakan Pengasas Seerah Daily, sebuah platform perkongsian Sirah Nabi dan Sejarah Islam.
Seorang lulusan Sarjana Muda Fiqh & Usul Fiqh dan Sarjana Sejarah Islam, beliau aktif sebagai advokator penghayatan Sirah kontemporari. Nabi ﷺ Juga Seorang Manusia merupakan buku debut beliau bersama IMAN Publication.