Tajuk: Muhammad Rasul Terakhir
ISBN: 9789672038535
Penerbit: Must Read Sdn. Bhd.
Penulis: Dr. Rohaily Al-Jawhary
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 373
Halaman: Berwarna
Format: Hardcover
Berat (kg): 1.5kg
Dimensi (cm): 26x18.2x2
Khas buat mereka yang ingin mengenali dan mencintai Baginda Rasulullah SAW. Bersedialah untuk membaca setiap detik kehidupan Baginda, merasai keperitan yang Baginda lalui agar Islam sampai kepada kita umatnya. Semoga rasa cinta itu terbit dan mekar dalam diri kita sekali gus kita tergolong dalam kalangan yang menerima syafaat Baginda SAW.
BUKU PREMIUM
Anda akan dapat:
PERCUMA 4 POSTER yang menarik dan berwarna (sudah dilekatkan di dalam buku tersebut):
1. Salasilah Nabi Muhammad SAW (bermula dari Nabi Adam AS)
2. Poster perjalanan hidup nabi
3. Poster Fasa Mekah 13 tahun di Mekah
4. Poster Fasa Madinah 10 tahun di Madinah
5. PERCUMA AUDIO kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW.
BONUS! PULL OUT POSTER & AUDIO
BONUS!
Pull Out Poster Peristiwa Penting dalam Kehidupan Rasulullah SAW dan audio penceritaan mengikut fasa hidup Rasulullah SAW.
Dengarkan audio peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW dengan lantunan suara merdu Ustaz Azwan (Far East)
KULIT KERAS
Buku ini adalah buku premium yang didatangkan dengan kulit keras yang sesuai dijadikan koleksi dan hadiah untuk yang tersayang.
MAKLUMAT MENARIK DAN 'RARE'
Buku ini dipenuhi dengan maklumat-maklumat menarik dan jarang ada dalam mana-mana buku sejarah Nabi Muhammad SAW. Ia dipersembah dalam bentuk infografik bagi memudahkan pemahaman pembaca.
POSTER PERCUMA
Buku ini juga dilengkapi dengan poster yang meringkaskan perjalanan fasa kenabian Nabi Muhammad SAW bermula di Mekah dan di Madinah.
ILUSTRASI MENARIK
Terdapat banyak ilustrasi yang menggambarkan peristiwa-peristiwa yang diceritakan dalam buku ini.
MENARIK DALAM BUKU INI
SINOPSIS
BUKU PREMIUM: MUHAMMAD SAW RASUL TERAKHIR
Sebuah Naskhah yang akan membawa pembaca ke zaman yang bermula sebelum kelahiran Baginda Rasulullah SAW. Sebelum kelahiran Rasulullah SAW, masyarakat dunia menganuti pelbagai agama sebagai pegangan hidup mereka. Agama-agama seperti Nasrani, Yahudi, Majusi, Wathani, Al-Sabiah dan lain-lain telah menjadi pegangan kehidupan masyarakat dunia. Namun agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s iaitu agama Hanafiah masih diamalkan sebahagian bangsa Arab. Sejarah mencatatkan jarak kewafatan Nabi Ibrahim a.s dengan kelahiran Rasul terakhir ialah 20 kurun.
Seterusnya, pembaca akan dibawa pada sat kelahiran Baginda Rasulullah SAW, zaman kanak-kanak, remaja, dewasa hingga Baginda diangkat sebagai Rasul utusan terakhir.
Seorang yang dipandang tinggi dalam kalangan kaumnya. Baginda terkenal dengan akhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti mulia dan sifat-sifat yang disenangi. Baginda sentiasa memuliakan jiran, mengasihi anak yatim dan fakir miskin, tinggi kesabaran, benar percakapan, lemah lembut pergaulan, pemurah, menjaga maruah diri, menepati janji, amanah dan sangat bertanggungjawab hingga mereka menggelar Baginda sebagai 'al-Amin'.
Detik-detik awal 13 tahun menyampaikan risalah Islam di kota Mekah, mengenali sahabat-sahabat yang membenarkan setiap kata-kata Baginda walu dicerca dan diseksa. Penerimaan masyarakat Mekah terhadap Baginda ketika itu berubah daripada yang dipercayai kepada pendusta.
Menyampaikan amanah sebagai RAsul terakhir diteruskan dengan berhijrah ke kota Madinah, 10 tahun Baginda menegakkan kalimah Allah di bumi itu. Setiap detik diceritakan dengan lebih terperinci agar menjadi tatapan umat yang ingin mengenali dan mencintai Baginda.
SIAPAKAH YANG PERLU MEMBACA BUKU INI
Khas buat mereka yang ingin mengenali dan mencintai Baginda Rasulullah SAW. Bersedialah untuk membaca setiap detik kehidupan Baginda, merasai keperitan yang Baginda lalui agar Islam sampai kepada kita umatnya. Semoga rasa cinta itu terbit dan mekar dalam diri kita sekali gus tergolong dalam kalangan yang menerima syafaat Baginda SAW.