Penerbit: Kaseh Aries
Penulis: Saraalee
Muka Surat: 439
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.315kg
Dimensi (cm): 18.5cm x 11.5cm x 3cm
Aayan mengangkat wajahnya memandang seorang perempuan bertudung sedang melangkah masuk ke dalam pejabatnya bersama senyuman manis yang terukir indah pada wajah jelitanya.
Wajah muram lelaki itu terus bertukar ceria, bibir melorekkan senyuman manis sehingga menampakkan kedua lesung pipit yang terdapat pada kedua belah pipinya. Gadis itu meletakkan beg kertas di atas meja Aayan sebelum melabuhkan punggung dihadapan lelaki tersebut.
“Client?” Aayan hanya mengangguk apabila gadis itu menyoal perlahan seperti berbisik. Gadis dihadapannya itu hanya tersenyum manis dan mengangguk perlahan menerima jawapan daripada Aayan. Beg kertas yang dibawanya tadi diambil sebelum bekas makanan dikeluarkan dan diletakkan di atas meja kaca.
“You? Dengar tak ni?” Aayan mengemam kuat bibirnya apabila suara gemersik Nadda yang berada di dalam talian menghentam gegendang telinga.
“Aku busy. Take care.” Gadis dihadapan Aayan hanya melihat telatah Aayan pada waktu itu, senyuman kelat disembunyikan dengan sebaik mungkin.
“You—”
Aayan meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas meja. Bekas makanan plastik yang dihulurkan oleh gadis yang berada dihadapannya itu diambil bersama senyuman manis yang tertampal elok pada wajah tampannya.
“Itu Nadda kan?” Terhenti gerakkan tangan Aayan yang hendak mengambil sudu di dalam beg kertas tersebut apabila disoal dengan soalan sedemikian. Anak mata gadis bertudung dihadapannya itu menikam tepat anak matanya.
“Sampai bila kita nak sorok benda ni, abang? Nadda berhak tahu. Sampai bila kita kena menipu dia?” Aayan menghela nafas perlahan. Tangan gadis itu yang berada di atas meja kaca di capai dan digenggam kemas.
“Sayang, belum sampai masanya lagi. Nanti bila dah sampai masa, abang bagitahu Nadda. Okay?” Belakang tapak tangan isterinya itu dikucup lembut menyebabkan gadis tersebut tersenyum manis melihat tindakkan suaminya itu.
Ya, suaminya. Aayan Haydar, suaminya yang sah. Milik mutlaknya.