Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Save 15%

MR. GUARDIAN MISS ANGEL # (L53)

Harga Asal: RM31.90
RM27.11
ANDA JIMAT: RM4.79 (15%)
Price in points: 28 points
Weight: 0.65 kg
9789672394297
1 pieces
+
Add to wish list

Tajuk:MR. GUARDIAN MISS ANGEL

ISBN: 9789672394297
Penerbit: Karya Publika
Penulis: NERODNO
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 827
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.645
Dimensi (cm): 18.4 x 11.5x 3.9

 

SINOPSIS

Kisah Mr. Guardian Miss Angel bermula dengan pertemuan tanpa sengaja di antara Izz Ardan dan Aufy Zasha. Pertemuan yang menjadikan Izz Ardan sebagai saksi pertumpahan air mata Aufy Zasha, gadis yang langsung tidak dikenalinya. Gadis yang menangis itu bukan sahaja berjaya menarik perhatiannya, malah tangisan gadis yang tidak dikenalinya itu telah membuatkan hatinya sakit bagaikan ditusuk benda tajam. Setelah pertemuan tersebut, Izz Ardan tidak mampu melupakan gadis yang tidak dikenali tapi telah meninggalkan impak besar padanya hanya dengan tangisan. Belum pernah dia merasa sakit hanya kerana melihat tangisan orang asing. Kerap kali raut wajah sedih itu berlegar-legar di ruang mindanya yang sudah lima tahun tidak pernah diteroka oleh mana-mana gadis. Terganggu dengan wajah itu tapi entah kenapa dia merasakan yang gadis tidak dikenali itu seperti mendorongnya untuk melangkah keluar dari penjara ungu ciptaannya sendiri. Sudah tiba masanya. Dia perlu membebaskan diri. Izz Ardan melangkah masuk ke Something Purple dengan penampilan baru. Pakaiannya tidak lagi berasaskan tiga warna iaitu hitam, kelabu dan ungu. Setelah lima tahun, tubuhnya akhirnya bersarung baju berwarna biru, warna asing bagi seorang yang bernama Ardan. Dia perlu teruskan hidup. Something Purple dibina untuk kekasih hati; Shayna, yang pergi meninggalkannya pada hari yang sama Something Purple dirasmikan. Ya, Izz Ardan adalah seorang lelaki yang kecewa dalam bercinta. Ya, dia adalah lelaki yang cintanya tidak kesampaian sehingga dia hilang rasa ingin bercinta, hilang rasa untuk membuka hatinya semula untuk mana-mana wanita. Dia hampir memusnahkan semula Something Purple, seperti Shayna memusnahkan cinta yang mereka bina. Namun dia tak mampu berbuat sebegitu apatah lagi kawan baiknya sendiri; Zayn, sudah bersusah payah menaikkan perniagaannya di kala dia dilanda ‘mental breakdown’ untuk beberapa bulan. Jadi, dia mengekalkan Something Purple sehingga sekarang. Kalau dulu dia masih berharap Shayna akan pulang padanya, tapi sekarang tidak lagi. Hidup perlu diteruskan. Aufy Zasha merupakan anak bongsu kepada pemilik rangkaian hotel mewah, bukan sahaja di Bougainvillea Hill, tetapi juga di luar negara. Walaupun hidupnya dilimpahi dengan kemewahan, Aufy lebih memilih untuk hidup seperti orang biasa sejak dari kecil sehinggalah dia tamat belajar. Oleh kerana itu, dia langsung tidak mahu bekerja dengan Tuan Aizul; ayahnya walaupun berkali-kali dipujuk. Bekerja dengan Tuan Aizul, bermakna Aufy kena bekerja dengan Ammar Zafran dan Addam Zafril. Dua orang abang yang tidak pernah menyayanginya semenjak dia lahir. Tidak mahu menyakitkan kepala, dia lantas mencari arah hidupnya sendiri. Tuan Aizul tidak mahu terus mendesak anak kesayangannya itu dan hanya membiarkan Aufy hidup dengan cara yang Aufy inginkan, namun sentiasa di bawah pemerhatiannya. Aufy pula sering sahaja bermasalah di tempat kerja dan kerap kali meletak jawatan dan adakalanya diberhentikan. Sehinggalah satu hari itu Aufy diberhentikan di sebuah syarikat, menyebabkan dia yang terlalu mengikut perasaan, menangis di kaki lima syarikat tersebut. Setelah tangisannya reda, Aufy ternampak satu papan tanda berbentuk bulat yang bertulis ‘Something Purple’ yang terletak tidak jauh dari tempat dia duduk. Papan tanda tersebut seakan-akan bersinar-sinar dan seperti memanggilnya. Akhirnya Aufy mengambil keputusan untuk melangkah masuk ke Something Purple. Tanpa Aufy sedari, dia bukan sahaja melangkah masuk ke dalam Something Purple, malah dia juga telah perlahan-lahan menyusun langkah tanpa sengaja masuk ke dalam hati pemilik Something Purple. Hidup perlu diteruskan; kata Ardan. Baju ditubuh sudah tidak lagi berwarna ungu, dan tiba-tiba gadis yang menangis di kaki lima melangkah masuk ke dalam Something Purple. Ardan mahu ‘move on’, dan tiba-tiba dia menerima si gadis yang menangis di kaki lima sebagai pekerjanya tanpa perlu temuduga. Kata Zayn; Aufy itu istimewa. Aufy itu datang tepat pada masa. Bagaimana dia mahu menidakkan jika dia juga merasakan perkara yang sama? Semenjak Aufy wujud dalam hari-harinya, dia menjadi seorang Ardan yang lain. Dia menjadi seorang Ardan yang menegur bulu mata pekerjanya pada hari pertama Aufy bekerja. Dia menjadi seorang Ardan yang terlalu bersifat ingin tahu. Dia menjadi seorang Ardan yang mengeluarkan ‘cheesy pick up lines’ untuk pekerja sendiri. Ardan seperti menjadi orang lain. Atau mungkin gadis bernama Aufy itu sudah berjaya membawa keluar sisi dirinya yang selama ini dia sendiri belum terokai? Kewujudan Aufy di Something Purple menimbulkan pelbagai cerita. Kali ini Aufy bertekad untuk menjaga tingkah lakunya supaya dia boleh bekerja dalam tempoh masa yang lama di Something Purple. Lagi pula dia mempunyai perjanjian dengan Faiq; abang sepupunya yang memberikan syarat untuk dia kekal bekerja di tempat itu untuk lebih dari lima bulan, kalau dia berhenti dalam masa kurang dari lima bulan, Aufy terpaksa bekerja dengan Faiq atau mengikut apa sahaja arahan Tuan Aizul untuknya. Jadi untuk menghindar dari bekerja di bawah Faiq; yang mempunyai seorang teman wanita yang psiko itu, atau di bawah Ammar mahupun Addam, Aufy perlu kekal bergelar pekerja di Something Purple sehingga tempoh lima bulan itu tamat. Bagi Aufy itu perkara yang mudah kerana belum sampai sebulan bekerja, dia sudah terlalu selesa bukan sahaja dengan rakan sekerjanya yang lain, tapi juga dengan lelaki yang bergelar ‘bos’. Terlalu selesa sehingga dia terlupa untuk menaikkan benteng keselamatan di sekeliling hatinya. Terlalu selesa sehingga dia terbuai dengan perasaan sendiri, ditambah pula dengan layanan Ardan untuknya. Ardan bagaikan seorang putera raja yang memilih Aufy untuk menjadi permaisuri hati. Aufy yang selama ini tidak pernah jatuh cinta akhirnya terjatuh tanpa disedari. Jatuhnya dalam dan payah nak tarik diri untuk keluar. Lagipula, Ardan sendiri yang meyakinkannya untuk jatuh, kerana kata Ardan, Ardan akan menyambutnya. Konflik bermula apabila Ezra Haziq; si perosak kebahagiaan seorang Izz Ardan muncul semula selepas hubungannya dengan Shayna berakhir. Kepulangannya pada awalnya bukanlah bertujuan untuk membalas dendam pada Ardan, tapi setelah Shayna memberi respon pada emelnya bila Ezra mengatakan yang dia akan pulang ke tanah air, Ezra sedar akan sesuatu. Shayna takut dia hancurkan hidup Ardan lagi. Dan itu bermakna, Ezra boleh menggunakan Ardan untuk menarik Shayna keluar dari persembunyian. Ardan tahu Ezra pulang untuk merampas kebahagiaannya seperti apa yang Ezra sudah lakukan bertahun dulu. Ezra bukan sahaja merampas Shayna darinya, tapi juga kasih sayang keluarganya. Kalau untuk Ezra, Ardan sentiasa mengalah. Walaupun dia menderita, walaupun dia kecewa, dia tetap akan melepaskan kerana kebahagiaan Ezra lebih penting dari kebahagiaan dirinya sendiri. Namun kini Ezra muncul dan memberikan satu fakta tentang siapa Aufy dalam hidup lelaki itu, Ardan jadi gelisah. Kerap kali dia meyakinkan Ezra yang Aufy bukanlah kebahagiaannya, namun apa yang dia lakukan kerap kali bercanggah dengan apa yang dia katakan. Langsung tidak bermakna, tetapi kenapa sanggup memandu berjam-jam hanya untuk menggembirakan hati Aufy? Langsung tidak bermakna, tetapi kenapa cemas bila Ezra mula mendekati Aufy? Rancangan Ezra untuk menggunakan Ardan tidak semudah yang disangka. Dia kenal Aufy. Aufy bukanlah orang asing yang dia boleh sakitkan hanya untuk menyakiti Ardan. Untuk menyakiti Ardan, dia perlu menyakiti Aufy. Ezra tidak sanggup, apa yang dia mampu lakukan hanyalah mendekati Aufy perlahan-lahan dan bukanlah bertindak agresif. Lagi pula dia kenal Ardan itu lelaki jenis apa. Bagi Ezra, Ardan itu bukanlah jenis yang melawan untuk mempertahankan kebahagiaan, Ardan lebih suka melepaskan. Dia menakutkan Ardan dan memberitahu segala rancangannya pada Shayna dengan harapan Shayna akan muncul semula dalam hidupnya. Menurut Zayn, teman baik Ardan merangkap ‘cake boss’ di Something Purple; Ardan itu paranoid. Takut sangat untuk bahagia bila Ezra wujud semula. Kali ini, definisi bahagia untuk Ardan adalah Aufy. Ardan takut kehilangan Aufy. Dan paranoid itu telah berjaya membuatkan Ardan membuang Aufy dari hidupnya. Aufy pula percaya dengan kisah dongeng yang Ardan reka, mengatakan yang Ardan itu masih mencintai Shayna, wanita manis yang bertudung litup. Aufy akhirnya melangkah keluar dari hidup Ardan kerana sedar yang dia tidak akan mampu memberi kebahagiaan kepada Ardan. Ardan semakin tertekan bila Ezra menyatakan hasrat hati mahu berkahwin. Ardan yang selama ini menafikan rasa hati, kini meluah segala isi hati yang terpendam, di hadapan seluruh keluarga. Akhirnya, dia keluar dari jajahan seorang Ezra Haziq dan terus mengejar Aufy. Ardan inginkan kebahagiaan, dan kali ini dia akan berjuang untuk memperoleh kebahagiaan. Untuk memperoleh kebahagiaan, Ardan perlu mendapatkan Aufy semula kerana Aufy Zasha itulah definisi kebahagiaan bagi Ardan. Untuk bahagia, Ardan perlu menyelamatkan Aufy yang diculik oleh kekasih Faiq yang psiko bernama Naylee, yang terlalu obses dengan cintanya untuk Faiq dan juga terlalu membenci orang kaya. Ezra yang pada mulanya bersetuju untuk bersekongkol dengan Naylee dalam rancangan untuk menculik Aufy dan Faiq, terkejut bila Naylee memulakan rancangan lebih awal dari masa yang sudah ditetapkan. Nampaknya niat Ezra mahu melaporkan kesemua rancangan mereka kepada pihak polis sudah terlambat bila Naylee tidak bertindak mengikut rancangan asal. Ezra membantu Ardan untuk menyelamatkan Aufy dan juga Faiq. Ya, dia berdendam dengan Ardan, tapi dia tidak pernah terfikir untuk menyakiti Aufy sampai tahap sanggup membunuh, seperti Naylee. Atas bantuan Ezra, Ardan berjaya tiba di tempat persembunyian Naylee. Ardan berjaya menyelamatkan nyawa Aufy yang hampir melayang bila Naylee tega menanam gadis itu hidup-hidup. Namun malangnya mereka tidak sempat menyelamatkan Faiq, yang kehilangan banyak darah kerana tusukan pisau oleh Naylee pada perutnya. Naylee juga mengambil langkah untuk menamatkan riwayat hidupnya sendiri, sebelum pihak polis sampai.

 

Penerbit:
Karya Publika
Tahun Diterbitkan:
2021
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
371 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI