Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Ainon Ahmad, Ahmad Shukri Yusoff
Muka Surat: 442
Halaman: hitam putih, berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.445
Dimensi (cm): 19 x 13.5 x 2.3
Nabi Muhammad adalah seorang ketua dan pemimpin yang mempunyai ramai anak buah dan pengikut. Dari masa ke masa anak-anak buahnya sentiasa bertambah.
Nabi Muhammad meninggalkan banyak teknik menerapkan nilai positif yang sangat mudah dipelajari dan dipraktikkan kepada diri kita. Dengan menggunakan teknik-teknik positif ini, ketua-ketua, guru-guru dan ibu bapa dapat membantu orang-orang bawahan, para pelajar dan anak-anak agar mengubah sikap dan tingkah laku mereka sendiri secara sukarela tanpa dipaksa, diugut, ataupun dikenakan hukuman.
Antara teknik yang mendorong penerapan nilai positif dalam buku ini adalah:
- Teknik Menyampaikan Ucapan yang Mempunyai Kuasa Pengaruh, Kuasa Motivasi dan Kuasa Inspirasi
- Cakap Ketua yang Berfikiran Positif Lebih Berpengaruh ke Atas Anak Buah dan Orang Bawahannya
- Contoh-Contoh Ayat Pujian yang Mampu Mencetuskan Motivasi dan Inspirasi kepada Orang Bawahan