Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Save 10%

MISTERI GANGGUAN SUNDEL BOLONG # (L56)

Harga Asal: RM29.90
RM26.91
ANDA JIMAT: RM2.99 (10%)
Price in points: 27 points
Weight: 0.37 kg
9789672394303
10 pieces
+
Add to wish list

Tajuk:MISTERI GANGGUAN SUNDEL BOLONG

ISBN: 9789672394303
Penerbit: Karya Publika
Penulis: Ibnu, Ibrahim, At-Tawari
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 381
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.370
Dimensi (cm): 20.2 x 12.7x 1.7

 

SINOPSIS

SUNDEL BOLONG adalah seorang wanita yang diperkosa sehingga hamil dan dibunuh lalu melahirkan anaknya di dalam kubur. Dia kemudiannya ‘bangkit’ semula menjadi sundel bolong untuk membalas dendam terhadap lelaki yang memperkosa dan membunuhnya. Sundel bolong juga memburu lelaki-lelaki hidung belang. Mitos menyebut bahawa sundel bolong berasa malu dengan lubang yang ada di bahagian belakangnya. Lubang yang bersimbahan darah itu terselindung di sebalik baju yang dipakainya. Imah memutuskan untuk berhenti menjadi penari yang identik sebagai pemuas nafsu lelaki. Dia berkahwin dengan seorang lelaki baik yang bernama Sarpah, seorang pemain gendang Kumpulan Tayuban yang menjadi pengiring para gadis ronggeng menari. Mereka kemudiannya berpindah ke kampung lain sebagai usaha untuk meredakan cemuhan jiran tetangga. Sarpah bekerja dengan seorang penjual teh yang bernama Danapati. Meski Imah sudah memutuskan untuk berhenti jadi penari, tetapi penduduk kampung sudah terlanjur tidak menyukainya, kerana memandang rendah terhadap kerjaya seorang penari ronggeng. Danapati melakukan apa saja untuk mendapatkan Imah, termasuk mengarahkan Sarpa supaya mengambil benih teh di daerah Sumatera. Danapati pada suatu kesempatan berjaya memperkosa Imah. Namun Imah berjaya lari ke Banjar. Danapati dan orang-orang upahannya terus mencari Imah. Dia mengarahkan anak-anak buahnya itu supaya membunuh Imah. Pada masa yang sama, di Sindangsari mengalami situasi yang sama dengan Banjar, di mana banyak terjadi kes pembunuhan berlaku dengan kecederaan yang teruk di bahagian belakang mayat. Setiap mayat yang ditemui semuanya berlubang di bahagian belakang seolah-olah dirobek oleh kuku-kuku binatang buas. Warga Sindangsari menjadi resah sehingga menimbulkan perasaan saling curiga-mencurigai di antara sesama mereka. Sewaktu masyarakat kampung berusaha mencari si pelaku, sundel bolong menjelma dan membuatkan situasi semakin tegang. Adakah Sarpa mengetahui kejadian yang telah menimpa isterinya Imah? Apakah hubungan sundel bolong dengan pembunuhan yang berlaku di Sindangsari dan Banjar? Apa yang sebenarnya telah terjadi di sebalik legenda sundel bolong?

Penerbit:
Karya Publika
Tahun Diterbitkan:
2022
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
381 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI