Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Menulis Kisah Hidup yang Sedap Dibaca # (BL37,L42)

RM22.00
Price in points: 22 points
Weight: 0.12 kg
9786299830702
43 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Menulis Kisah Hidup yang Sedap Dibaca
ISBN: 9786299830702
Penerbit: Studio Buku
Penulis: Zamri Mohamad
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat:105
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.115
Dimensi (cm): 19x14x1
 
SINOPSIS
 

"Adakah aku benar-benar dapat menulis?"

Menulis kerap dikaitkan dengan keistimewaan milik seseorang bersandarkan bakat. Disebabkan kepercayaan itu, sesuatu yang mahal dipanggil pengalaman dan pengetahuan yang ada pada diri kita mula dikambus. Kedua-duanya dibiarkan sunyi dan ditekan agar ia tidak timbul ke permukaan kehidupan.

Kita cuba menafikan dengan melalui kehidupan bekerja dan mengurus keluarga seperti biasa. Sebaliknya, ada sesuatu yang berlaku.

Apa yang cuba dilupakan semakin kerap berlegar seperti roh yang tidak aman.

Lama kelamaan, hati rasa sakit dan fikiran menjadi terbeban. Hajat yang tidak sempurna selalu merintih agar kisah itu didengari. Kita mula bertanya kepada diri, "Adakah berbaloi sekiranya aku hidup resah begini?"

Sampai bila kita mahu 'berbahagia' dengan perasaan seperti itu? Akhirnya barulah kita tahu kerana diberitahu, menulis datang dari dua jalan. Satu, menulis datang melalui jalan bakat. Dua, menulis juga datang dari jalan sistem kerja.

Buku ini adalah jalan kedua yang menjadi jalan keluar kepada saudara.

Buku ini adalah sahut balas kepada pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan dengan permintaan yang sama, "Bagaimana mahu menulis kisah hidup sedangkan saya bermula dari kosong?"

Buku ini disusun dalam keadaan kita dapat membaca sedikit demi sedikit dan dapat mencipta kejayaan kecil. Insya-Allah, saudara akan bermula tetapi tidak berhenti. Saudara akan berehat jika lelah, tetapi akan menyambung semula penulisan sehingga akhir. Biar sedikit asalkan menjadi.

Buku ini, Menulis Kisah Hidup yang Sedap Dibca akan menyempurnakan perjuangan saudara. Penulisan kita adalah tanda syukur atas nikmat hidup. Kita mengenang nikmat dalam penceritaan. Penulisan kita akhirnya dapat menyusun turun naik hidup sebagai muhasabah panjang.

Kita menulis sebagai satu terapi diri. Kia berdamai dengan kehidupan lalu. Kita memahami ujian dahulu dengan menulis dan membacanya semula. Kita mula memahami, gelap yang dahulu adalah pencerahan hidup sekarang. Makna hidup baharu mula muncul. Kita dapat berdamai terhadap keadaan dan membina semangat hidup baharu.

Boleh jadi kenang-kenangan itu akan menjadi harta paling mahal kepada orang yang terhampir. Tulisan itu dapat diwariskan sebagai harta kasih sayang. Meninggal tetapi tidak melupakan. Mereka dapat memahami hidup dan meneguhkan kehidupan berpandukan ilmu pengetahuan yang disimpan elok dalam penulisan.

Tidak ada kasta dalam penulisan kisah hidup. Ia adalah hak bagi setiap manusia agar mengingati dan diingati, mendengar dan didengari. Jangan berputus asa dan ragu-ragu kepada diri, buku ini menemani perjalanan saudara dari awal sehingga akhir.

"Aku benar-benar dapat menulis."

Penerbit:
Studio Buku
Tahun Diterbitkan:
2023
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
105 Muka Surat

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI