Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Menuju Puncak Redha: Kembali Kepada Fitrah # (L2,BL1)

RM40.00
Price in points: 40 points
9789671745458
12 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Menuju Puncak Redha: Kembali Kepada Fitrah
ISBN: 9789671745458
Penerbit: Ilham Books
Penulis: Saari Sungib
Tahun Terbitan: 
Muka Surat: 
Halaman: 
Format: Softcover
Berat (kg): 
Dimensi (cm): 
 
SINOPSIS
 
Sebuah memoir perjuangan Saari Sungib atau juga lebih dikenali Abu Urwah. Kembali Kepada Fitrah ini merupakan jilid kedua daripada lima jilid penuh autobiografi penuh Saari Sungib yang diberi judul Menuju Puncak Redha.

---

Jika pucuk sifatnya menerima dan terus menerima, kini tiba masanya menjadi induk, memberi dan menyumbang kepada tunas-tunas muda pohon perjuangan. Begitulah perjalanan seterusnya bagi Saari Sungib yang dilakarkan dalam buku kedua memoir Mencari Puncak RedhaKembali Kepada Fitrah, kini beliau bukan lagi anak mentah yang sekadar mengikut lentur takdir malah menjadi sosok yang memberi impak dalam sejarah kebangkitan Islam pada zaman 70-an dan dekad-dekad mendatang.

Saari yang menemui “Islam” dalam kembaranya di bumi Inggeris mula mendalami Islam dengan lebih intensif. Pada saat ini, beliau mula diberi tanggungjawab dan amanah yang lebih berat. Kepimpinannya digilap dan terserlah. Gelora emosi dalam menunaikan tanggungjawab sebagai sebagai seorang pelajar, ketua keluarga dan pemimpin pelajar yang dihadapi menjadikan beliau tidak alah kepada dugaan dan cabaran yang menekan.

 ---

“Namun, sebagai seorang Muslim yang menyaksikan dengan jelas kesinambungan antara dunia dan akhirat, ada setingkat lagi lebih tinggi daripada politik nilai yang menunjangi kepimpinan moral. Tingkatan itu yang telah menjadi prinsip penyempurna al-Ghazali atas perbahasan etika Nichomachean oleh Aristotle, dan perkara itu disampaikannya kepada penguasa-penguasa Malik Shah dan Nizam al-Mulk yang memerintah dinasti Seljuq tatkala itu – darihal pentingnya mencapai kebahagiaan (alsa‘adah) di akhirat melalui keredhaan Allah SWT, maka cocok sekali dengan judul memoir ini – Menuju Puncak RedhaYang demikian menggambarkan sasaran ukhrawi yang jelas ingin  dicapai oleh Abu Urwah dalam perjuangan politiknya yang kini telah mencecah lebih tiga dekad.”

Anwar Ibrahim

Penerbit:
Ilham Books

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI