Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Menjawab Mitos Melayu Malas: Kajian Kes Penghijrahan Masyarakat Melayu ke Kerian, Perak, 1816 - 1947 # (L11)

RM44.00
Price in points: 44 points
Weight: 0.43 kg
9789674618148
9 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Menjawab Mitos Melayu Malas: Kajian Kes Penghijrahan Masyarakat Melayu ke Kerian, Perak, 1816 - 1947 #
ISBN: 9789674618148
Penerbit: Penerbit USM
Penulis: Siti Noor Hafizah Mohamed Sharif
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 260
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.430kg
Dimensi (cm): 24cm x 16.5cm x 2cm
 
SINOPSIS

Salah satu stigma yang sehingga kini membayangi orang Melayu ialah ungkapan 'Melayu malas'. Ungkapan ini mula berakar umbi sejak zaman penjajahan British di Tanah Melayu, lalu dikukuhkan melalui penulisan-penulisan selepasnya. Sifat malas orang Melayu ini telah dijadikan sebagai hujah kepada kemunduran dan ketinggalan orang Melayu dalam sektor ekonomi. Justeru, buku ini akan membahaskan ungkapan Melayu malas yang dikaitkan dengan punca kemunduran ekonomi orang Melayu semasa zaman penjajahan melalui perbincangan tentang aspek penghijrahan orang Melayu ke Kerian, Perak. Berdasarkan aktiviti penghijrahan orang Melayu ke Kerian, didapati bahawa orang Melayu bukanlah malas berikutan kesanggupan mereka berhijrah meninggalkan kampung halaman bagi mengusahakan penanaman padi di Kerian dan atas faktor peluang-peluang ekonomi yang lebih terbuka di daerah ini. Bahkan, aktiviti penghijrahan orang Melayu ke Kerian ini telah pun berlaku sejak sebelum penjajahan British. Penjajahan British hanyalah merancakkan lagi aktiviti penghijrahan tersebut melalui peluang-peluang ekonomi yang ditawarkan seperti pemilikan tanah yang mudah dan murah serta penyediaan Rancangan Pengairan Kerian.

Namun, kewujudan sekatan perundangan, khususnya pelaksanaan The Krian Irrigation Enactment, 1905 bukan sahaja telah meningkatkan kos penanaman padi, bahkan menghalang orang Melayu daripada menggantikan tanaman padi mereka dengan tanaman komersial getah yang jauh lebih menguntungkan. Hal inilah yang menyebabkan kehidupan dan ekonomi orang Melayu terus miskin dan mundur semasa penjajahan British. Benarkah perundangan zaman penjajahan ini menjadi punca utama kepada kemunduran ekonomi orang Melayu? Apakah muslihat penjajah di sebalik sekatan perundangan yang diperkenalkan? Persoalan-persoalan yang timbul akan terjawab dalam kupasan perbincangan buku ini yang diolah secara terperinci dengan bukti-bukti yang nyata.

Penerbit:
Penerbit USM
Tahun Diterbitkan:
2024
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
260 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI