Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Mencari Identiti: Bertandang ke Bumi Firaun # (L42)

RM40.00
Price in points: 40 points
Weight: 0.31 kg
9789672007517
16 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Mencari Identiti: Bertandang ke Bumi Firaun
ISBN: 9789672007517
Penerbit: Ilham Books
Penulis:Mahmood Zuhdi Ab Majid 
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 294 
Halaman: Hitam Putih 
Format: Softcover
Berat (kg): 0.310
Dimensi (cm): 25cm x 13.5cm x 2cm
 
SINOPSIS
 
Bertandang ke Bumi Firaun yang berkesinambungan dari Budak Surau dan Budak Nilam Puri merupakan jilid ketiga daripada tujuh dalam siri autobiografi Prof Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid yang berjudul Mencari Identiti.

---

Bertandang ke Bumi Firaun mengisahkan jalan hidup penulis yang berkelana ke Mesir dalam perjuangan mencari identiti membina kedewasaan. Dengan kudrat yang ada dan teman baharu pendamping dalam hidupnya, Mahmood Zuhdi berkelana ke bumi Firaun menempuh cabaran menuntut ilmu di Universiti Al-Azhar, sebuah institusi Islam tersohor di dunia.

Oleh kerana hasrat yang ingin dicapai, segala liku kehidupan di Mesir beliau lalui dengan tabah. Penumpuan terhadap pelajaran diberikan sepenuhnya agar beliau menjadi produk keluaran Nilam Puri yang cemerlang di Mesir. Meskipun begitu, Mahmood Zuhdi tetap menikmati kehidupan di Mesir dengan pelbagai pengalaman dan pengamatan yang menarik. Penceritaan beliau seolah-olah membawa kita mengembara zaman 1970-an terutama suasana di Universiti Al-Azhar dan kota Kaherah. 

Bergaul dengan masyarakat Arab memerlukan teknik tertentu agar tidak ditipu bulat-bulat atau akur tanpa menegakkan hak sendiri. Melalui 'ajaran' seorang wanita Arab, beliau menggunakan ilmu tersebut ketika melakukan urusan harian terutama apabila membeli barangan di pasar. Kalau tiada skil, boleh ditipu hidup-hidup kerana terlalu lurus. Kuncinya ialah menguasai bahasa mereka jika tidak mahu dipergunakan.

Penulis juga turut merasakan detik-detik cemas menjadi pelarian perang dan setiap masa yang berlalu sebelum menjejakkan kaki ke tanah air dirasakan begitu perlahan dan menjadi suatu catatan yang berharga dipersembahkan dalam buku jilid ketiga siri autobiografi Mencari Identiti ini.

 

Penerbit:
Ilham Books
Tahun Diterbitkan:
2022
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
292 Muka Surat

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI