Penulis: Abdullah Sidek
Genre: Sejarah Dunia
ISBN: 978-967-17344-5-2
Mukasurat: 321
Mengenai buku:
Rajendra Chola ialah nama raja agung dari selatan India yang pernah membina sebuah empayar hebat yang mewarnai sejarah India dan orang Tamil. Malangnya, sejarah hebat itu digunakan sebagai alat propaganda segelintir orang di Malaysia untuk mendakwasegala-galanya yang berkaitan dengan tamadun Melayu. Kami memanggil golongan ini sebagai golongan Chola. Mereka begitu giat menyebarkan pseudo-sejarah versi mereka di Internet, bahkan ada versi sejarah mereka dianuti sehingga ke golongan Menteri.
Tamadun Melayu sedang diclaim. Kerajaan-kerajaan Melayu Purba beragama Hindu dan Buddha dahulu begitu rakus dipanggil sebagai tamadun Tamil hanya kerana pernah beragama Hindu-Buddha. Seorang pendekar harus lahir demi mempertahankan sejarah yang sebenar. Sebuah hujah harus disusun dengan kemas, kelak ketika berhadapan dengan golongan ini, sejarah Melayu yang sebenarnya dapat ditegakkan.
Maka doa kita ALLAH kabulkan. Lahirlah buku Mencabar Teori Chola yang ditulis demi membersihkan sejarah Melayu daripada kultus Chola berjaya dihasilkan. Semoga dengan terbitnya buku ini, perjuangan mempertahankan sejarah bangsa mempunyai anjakan paradigma yang terbaharu!
Kandungan
BAHAGIAN SATU: ILMU SEJARAH
1 Maksud Sejarah.
2 Sumber Sejarah.
3 Kaedah Penyelidikan.
4 Bias.
5 Pensejarahan Melayu.
6 Kepentingan Sejarah.
7 Zaman Prasejarah dan Sejarah.
8 Konsep Sejarah.
9 Manusia.
BAHAGIAN DUA: MELAYU
10 Asal Usul Orang Melayu.
11 Asal Usul Bahasa Melayu.
12 Istilah Melayu.
13 Kerajaan Orang Melayu.
BAHAGIAN TIGA: MENJAWAB TUDUHAN CHOLA
14 Sekiranya semua nama kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu pada zaman Chola menggunakan nama India, ini membuktikan bahawa pada zaman tersebut orang India yang membina kerajaan di sini.
15 Kerajaan Chola dengan kekuatan marin yang besar telah bertindak menyerang Srivijaya pada tahun 1377, mereka telah menggunakan jalan air di Kota Tinggi (Johor), namun tidak banyak kapal yang dapat meneruskan perjalanannya dan kebanyakan daripada kapal tersebut telah tersekat di sini. Buktinya, banyak kapal purba yang dijumpai di hutan tebal Johor.
16 Parameswara merupakan Raja India yang memeluk agama Islam.
17 Srivijaya bukanlah kerajaan kuat sehingga boleh dikalahkan dengan mudah oleh Rajendra Chola I.
18 Kerajaan Chola yang membina Tamadun Sungai Batu dan Lembah Bujang.
19 Orang Melayu tiada bahasa, tulisan dan agama. Adakah mereka mengambil bahasa, tulisan dan agama kami (Chola)?
20 Orang Melayu tidak bertamadun dan tidak berpakaian.
21 Sekiranya orang Melayu ialah pendatang, adakah orang India merupakan peribumi di negara ini sejak 2500 tahun yang lepas?
22 Kidaram ditukar kepada Kedah, Malayur ditukar kepada Malaysia. Jadi, apakah ini bermaksud tiada sesiapa yang menjadi pendatang di sini?
23 Bahasa Melayu terbentuk melalui percampuran pelbagai bahasa yang digunakan oleh pedagang di wilayah ini.
24 Nama ‘Melayu’ itu diambil daripada bahasa India.
25 Semua nama negeri dan bandar di Malaysia menggunakan nama Tamil.
26 Kaum Malabari ialah bangsa yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada orang Melayu. Buktinya batu nisan Sultan Malik al-Saleh yang mirip dengan batu nisan di Gujerat.
27 Benarkah Srivijaya dan Majapahit pernah berada di bawah jajahan kerajaan Chola?
28 Cogan kata negeri Pahang (jata) ditiru daripada senjata Vel Dewa Murugan?
29 Orang Melayu telah menukar banyak agama daripada animisme kepada Hindu/ Buddha kemudian Arab. Orang Chola yang mengajar bahasa dan adab.
30 Kenapa tidak panggil orang Melayu pendatang sedangkan orang Melayu bukan orang asli?
31 Orang Melayu memerlukan kuota dalam kebanyakan bidang kerana Melayu cemburu dengan bangsa lain.
32 Hang Li Po pernah berkahwin dengan Sultan Melaka. Munshi Abdullah merupakan orang Tamil, tetapi kenapa kami yang lain tetap digelar sebagai pendatang?
33 Orang Melayu cuba menutup hakikat Munshi Abdullah sebagai ‘Bapa Sastera Melayu Moden’ hanya kerana beliau orang India.
34 Hang Tuah merupakan orang Cina yang dilahirkan di China. Hang Tuah merupakan hadiah perkahwinan yang diberikan oleh Maharaja China sempena perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po. Nama sebenar beliau ialah Ang Too Wa yang belajar silat bersama dengan Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu. 35
Melayu bangsa pemalas dan hanya mengharapkan bantuan kerajaan.
36 Kita berada di negara ini terlebih dahulu, maka merekalah (Melayu) yang sebenarnya pendatang. Kita adalah setaraf.
37 Guru-guru di sekolah hanya mengajar murid-murid tentang sejarah asal usul orang Hindu yang menetap di negara ini sejak 100 tahun lepas sahaja. Kita mesti mengetuk kepala guru-guru yang mengajar sejarah yang salah begini.
38 Kita seharusnya perlu sebarkan kepada semua supaya hak kita tidak akan ditindas. Ini adalah tanah air kita!
39 Simbol bulan sabit dalam Islam diambil daripada Dewa Siva.
40 Malaysia bukanlah sebuah negara moderat progresif Islam seperti yang disangkakan pihak luar kerana kaum India telah ditindas dan 10,000 buah kuil Hindu telah dirobohkan.
41 Malaysia maju sebab ada orang Cina dan India. Kalau harapkan orang Melayu memang Malaysia tidak akan maju.
42 Moonggil Soru dikenali sebagai kuih lemang berasal dari Selatan India, telah dibawa masuk ke Malaysia oleh pedagang dari India pada zaman Parameswara menjajah Melaka. Turut dibawa sekali sejenis makanan bernama Iditha Soru dikenali sebagai nasi himpit semasa perjalanan jauh kerana bagi menahan lapar