Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


MEMBONGKAR MITOS & REALITI PENGHUNI BUMI #(L66)

Harga Asal: RM37.90
RM32.21
ANDA JIMAT: RM5.69 (15%)
Price in points: 33 points
Weight: 0.40 kg
9789672278498
13 pieces
+
Add to wish list

Tajuk: MEMBONGKAR MITOS & REALITI PENGHUNI BUMI 
ISBN: 9789672278498
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Penulis: Malek Muhamat Said 
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 216
Halaman: Berwarna
Berat (kg): 0.40 kg
Dimensi: 21 cm x 14.5 cm x 1.3 cm

 

SINOPSIS

 

Buku ini digarap daripada pelbagai sisi inspirasi dan stalistik (penyusunan ilham dan gaya  penulisan ) sama ada genre fiksyen (fantasi) atau bukan fiksyen (faktual). Genre fiksyennya meliputi pelbagai naratif dongengan, cerita rakyat , penglipur lara, mitos, lagenda, roman, hikayat dan pelengkapnya kisah atau riwayat israiliyyat. Citra faktualnya diserlahkan dengan sokongan keterangan al-Quran dan hadis Nabi. Lazimnya, apabila sesuatu periwayatan melalui tempoh masa yang panjang maka pelbagai unsur Israiliyyat turut menyelinap masuk apatah lagi sumber kisah atau riwayatnya hanya berdasarkan tafsiran para sahabat, tabi'in dan tabi'ut tabi'in yang tidak berakhir dengan Rasulullah. Sudah termaklum, intipati kisah atau riwayat Israiliyyat sekadar pengulangan apa yang pernah diulang-ulang sebelumnya sehingga berlakunya beberapa tokok tambah dan pengurangan . Terkadang kala, naratif sesuatu kisah atau riwayat Israiliyyat itu seperti sebuah sketsa yang menyampaikan sesuatu pada asalnya 'berita benar' yang berakhir dengan 'berita palsu'. Dari sudut tawasur Islam, segala ilmu pengetahuan dan pelbagai maklumat tentang segala sesuatu fenomena, kejadian atau peristiwa atau kisah-kisah yang pernah berlaku sewajarnya dijadikan iktibar, contoh teladan, pengajaran dan peringatan kepada umat manusia pada masa kini dan akan datang. Pelbagai maklumat tersebut adalah sebahagian daripada khabar atau berita ghaib yang hanya disampaikan melalui kitab-kitab suci agama-agama samawi khususnya Kitab al-Quran. Pelbagai peristiwa dan tragedi dahsyat yang pernah menimpa umat-umat terdahulu (golongan jin dan manusia) hanya disebabkan oleh kerakusan, kesilapan dan kelalaian mereka sehingga terlanjur melakukan tindakan yang melampaui batasan. Disebabkan kufur dan fasik terhadap Allah Ta'ala, mereka tergamak melakukan pelbagai kemungkaran, kezaliman, kekejaman serta penindasan sesama sendiri sehingga menimbulkan pelbagai bencana dan kerosakan di muka bumi. Semoga buku ini  bermanfaat dalam memberikan ibrah atau pengajaran, memberikan panduan agar berhati-hati terhadap dakyah musuh-musuh Islam, membantu menjadi seorang muslim yang lebih arif dalam memilih, meneliti dan melakukan pertimbangan akal budi berkaitan apa yang betul dan apa yang salah atau sesuatu yang hak dengan sesuatu yang batil , insya Allah.

Penerbit:
Hijjaz Records Publishing
Tahun Diterbitkan:
2022
Format:
Paperback
Halaman:
berwarna
Muka Surat:
216 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI