ISBN: 9789672278399
Penerbit: Hijjaz Records
Penulis: Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 237
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.40
Dimensi (cm): 20.9 x 14.6 x 1.2
Masyarakat Yunani purba menyembah dan percaya kepada banyak dewa dan dewi. Dewa-dewi itu tinggal di Gunung Olimpia, di bawah kepimpinan suatu dewa tertinggi iaitu Zeus. Zeus adalah raja para dewa. Dia mampu mengendalikan cuaca. Penyair Yunani kuno, Hesiod, memanggilnya sebagai 'awan-pengumpul' dan 'guntur atau guruh'. Senjatanya yang paling ampuh adalah petir. Masyarakat Yunani purba percaya bahawa ketika petir menyambar bumi, itu adalah tanda Zeus hadir. Zeus juga sangat mementingkan sifat keramahtamahan, jika ada yang memperlakukan tetamu dengan buruk maka Zeus akan marah.
Kepercayaan masyarakat Yunani juga merupakan kumpulan beberapa mitologi. Keyakinan terhadap kuasa Dewa-dewa dikaitkan dengan aktiviti seharian masyarakat Yunani purba. Contohnya, Aphrodit sebagai dewi cinta. Di sebuah gunung iaitu Olympus yang berdekatan dengan Athena didirikan sebuah kuil besar yang dipersembahkan untuk Dewa Agung Yunani Zeus dan didirikan juga patung Zeus. Di samping kuil tersebut didirikan pula sebuah lapangan besar agar masyarakat Yunani merasa lebih dekat dengan Zeus iaitu melalui permainan dan pertandingan. Para dewa yang disembah mempunyai hari raya setiap empat tahun sekali, yang dianggap oleh masyarakat Yunani sebagai upacara suci dan perayaan terbesar bagi mereka.
Bangsa Yunani memuliakan hari dan bulan, dan menjadikan musim untuk memecah terjadinya perang. Mereka menyalakan obor api besar sebagai lambang kekekalan para dewa. Para pemuka agama berbaris memakai baju berwarna putih dan menyambut para peserta pertandingan, dalam upacara ini pemenang pertandingan diperlakukan atau diagungkan seperti seorang dewa. Melalui patung juga masyarakat Yunani
memperkenalkan aliran realisme dalam seni dan membuat dewa dewi mereka kelihatan
begitu manusiawi.
Beberapa abad kemudian aliran realisme ini menyebar hingga ke India dan Jepun, di mana patung Buddha juga dibuat dalam gaya realistik.
Mitologi Yunani juga merupakan sebahagian daripada agama di Yunani Purba. Para sejarawan moden mempelajari mitologi Yunani untuk mengetahui keadaan politik, agama, dan peradaban di Yunani Purba, serta untuk mendapatkan pemahaman mengenai pembentukan mitos itu sendiri. Kebanyakan dewa Yunani digambarkan seperti manusia, dilahirkan namun tidak akan tua, kebal terhadap apapun, tidak boleh dilihat, dan tiap dewa mempunyai karakteristiknya yang tersendiri.
Kerana itu, para dewa juga memiliki nama-nama gelaran untuk tiap karakternya, yang mungkin lebih dari satu. Dewa-dewi ini kadang-kadang membantu manusia, bahkan menjalin hubungan cinta dengan manusia yang menghasilkan anak, yang merupakan separuh manusia separuh dewa. Anak-anak itulah yang kemudiannya dikenali sebagai pahlawan.