Musa Keita merupakan seorang raja Mali yang terkenal sehinggakan beliau dianggap Black Panther dan diadaptasikan ke dalam filem yang mendapat perhatian ramai di seluruh dunia. Beliau menjadi pemerintah di Mali pada tahun 1312, mengambil alih takhta Abu Bakar Kedua yang hilang di lautan semasa mencari penghujung Lautan Atlantik. Musa Keita cukup bertuah kerana dikurniakan dengan kekayaan hasil bumi yang banyak , iaitu emas dan juga garam. Beliau berjaya meluaskan empayar perniagaannya hingga ke Mauritania, Senegal, Gambia , Guinea , Burkina Faso, Mali, Niger, Nigeria, dan Chad.