Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Membantah Kesesatan Anti Hadis #(L58)

RM24.00
Price in points: 24 points
Weight: 0.16 kg
9789671707418
5 pieces
+
Add to wish list

Judul: Membantah Kesesatan Anti Hadis
Judul Asal (Arab): Manziilat al-Sunnah fi al-Islam
Penulis: Shaykh Muhammad Nasir Al-Din Al-Albani
Penterjemah: Dr. Ahmad Fuad Abdul Rahim
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-17074-1-8
Muka Surat: 104 m/s (Soft Cover)
Berat: 170 g

 

Shaykh Al-Albani pada sebuah kuliah beliau ketika berada di Qatar pada bulan Ramadan 1392H, memilih untuk tidak membentangkan mengenai bulan Ramadan, sebaliknya beliau merasakan topik yang dibincangkan ini berkenaan kedudukan Al-Sunnah (Hadis) di dalam Islam amat penting untuk disampaikan. Al-Sunnah ini memainkan peranan yang sangat penting di dalam Islam, sebagai asas dan sumber primer dalam pembinaan syariat. Namun, kemajuan teknologi keduniaan dan intelektual yang datang dari Barat pada hari ini telah memberikan pengaruh yang besar dan mempengaruhi pemikiran generasi kita pada hari ini. Usaha dan doktrin yang dibawa termasuklah menafikan Tuhan dan Pencipta (atheism) dalam menegakkan Sains dan kitaran alam semula jadi, dan tidak kurang mudaratnya masyarakat Islam yang terpengaruh dengan ideologi pluralism, liberalism sehingga menafikan Rasul yang maksum dalam membawa utusan Pencipta. Al-Sunnah menurut sebahagian mereka tidak boleh dijadikan hujah, ia datang daripada seorang manusia biasa yang hanya diamanahkan untuk menyampaikan al-Quran (kalam Allah) kepada manusia sejagat. Baginda Muhammad menurut mereka tidak ada autoriti untuk menentukan hukum syariat, hukum syariat cukup dengan apa yang terkandung di dalam kalam Allah. Maka, Shaykh Al-Albani mengambil peluang ini sebagai bentuk penjelasan mengenai kedudukan Al-Sunnah di dalam Islam dalam memahami Al-Quran beserta bantahan kepada golongan yang menolak hadis dengan menggunakan hujah-hujah daripada Al-Quran sendiri.

Penerbit:
Karya PiS
Tahun Diterbitkan:
2019
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
104 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI