Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Masalah Pembelajaran dan Cadangan Penyelesaian: 18 Kes Terpilih (L53)

RM18.00
Price in points: 18 points
Weight: 0.11 kg
9789674614027
Out-of-stock
Add to wish list
Buku ini adalah kompilasi kisah masalah pembelajaran yang dikongsikan oleh ibu bapa kepada penulis. Antaranya adalah kesukaran menulis, membaca dan mengira, mempunyai tumpuan yang singkat, merasa takut untuk ke sekolah, rasa rendah diri, cakap berulang-ulang, bersikap biadap terhadap guru dan boleh melihat makhluk halus.

Bahagian pertama buku ini memaparkan 18 kisah masalah pembelajaran yang disusun mengikut kategori seperti masalah pembacaan, emosi atau berkaitan dengan terapi. Bahagian kedua pula adalah soalan-soalan lazim dan jawapannya yang diolah berdasarkan kisah masalah pembelajaran dalam bahagian pertama. Ianya disusun bermula dengan pengenalan permasalahan, diikuti dengan gejala, dan terapi yang diperlukan. Antara contoh soalan lazim adalah: apakah terapi cara kerja, mengapa anak saya diletakkan dalam kelas paling corot, mengapa guru tadika tidak mahu menerima anak autisme, perlukah anak didenda jika tidak mahu belajar, mengapa anak perlu didaftarkan sebagai orang kurang upaya, bagaimana mendapatkan rawatan di klinik psikiatri dan mengapa perlu menjalani ujian IQ. 

Penulis berkongsi bagaimana penilaian dijalankan di klinik, cadangan terapi yang diperlukan, serta kepentingan bekerjasama dengan ibu bapa dan pihak sekolah. Justeru itu, buku ini memberikan maklumat yang sangat praktikal untuk membantu ibu bapa dan guru mendapatkan perkhidmatan yang sewajarnya. Gaya penulisan santai yang digunakan dalam buku ini menjadikan pembaca tidak bosan dan akan teruja untuk membaca sehingga akhir.
Penerbit:
USM
Tahun Diterbitkan:
2019
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
96 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI