ISBN: 9789670535586
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat:642
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.5
Tiga orang penuntut sebuah universiti tempatan hilang di Hutan Tasik Kenyir. Mereka dipercayai telah diserang binatang buas. Anehnya, mayat-mayat mereka tidak ditemui. Malah, pihak renjer hutan tidak dapat mengesahkan binatang apa yang menyerang pelajar-pelajar itu. Nasib mangsa serangan masih tidak terjawab. Apakah misteri binatang pemangsa itu?
Manakala Adi Putra yang kecewa dalam percintaan telah memilih untuk menjadi novelis seram sepenuh masa. Dia nekad ke Tasik Kenyir setelah mendengar akan kehilangan misteri itu dan mahu mengabadikan kisah itu ke dalam novel terbaharunya. Namun, Adi Putra tidak menyedari bahawa maut sedang menantinya di sana!
“ Andai selagi masih ada cinta di antara kita, alangkah indahnya hidupku...” – Adi Putra
“ Lelaki itu, amat sukar diselami hatinya. Dan apabila kita berjaya menyelami jauh ke dasar, sudah pasti kita akan larut ke dalam dan tidak mahu melihat permukaannya lagi. Ternyata riak luaran tidak sama dengan arus di lubuk hatinya ”– Shazzuana
“ Kau mungkin boleh memiliki jasadku, tetapi hatiku, batinku tetap milik cintaku, Tamar. ” - Melur