Tajuk: Manisnya Kasih Sayang
ISBN: 9789674380779
Penerbit: Pekan Ilmu Publication Sdn Bhd
Penulis: Embong Muhammad
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 216
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.180
Dimensi (cm): 19cm x 11.5cm x 1cm
SINOPSIS
Iskandar menunggang motosikal pusaka
ayahnya menuju ke pejabat Lembaga
Pertubuhan Peladang Kawasan Pinang
Merah dengan hati yang berdebar-debar. "Assalamualaikum, Nor."
Mata Noraisyikin membulat. "Is?"
Noraisyikin kekok mahu melihat wajah Iskandar. Dia masih kesal dengan sikap lelaki itu yang sanggup melupakannya selama bertahun tahun tanpa mengirimkan satu khabar berita pun kepadanya. Namun tugasnya sebagai seorang pegawai di pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan Pinang Merah tidak boleh dilupakan. Apa-apa pun yang telah terjadi antara mereka, Iskandar kini ialah seorang pelanggan yang memerlukan bantuannya.
"Is mengaku, Is salah sebab terlalu sibuk sampai abaikan Nor. Tapi, Is sekali pun tak pernah lupakan Nor."
"Nor pun tak pernah lupakan Is. Tapi, Is tak faham macam mana sedih dan kecewanya hati Nor bila Is langsung tak balas mesej dan surat Nor. Limą tahun, Is! Lima tahun! Nor ingatkan mungkin Is dah jumpa orang lain, jadi Nor berusaha lupakan Is tapi tak boleh..."
"Is minta maaf, Nor. Is minta maaf sangat-sangat."
"Nor minta dengan Is... tolong jangan ulang perbuatan Is tu. Jangan tiba-tiba hilang tak beritahu Nor."
"Nor jangan risau. Is janji. Is takkan tinggalkan Nor seorang diri lagi."
Itulah pertemuan semula antara Iskandar dengan Noraisyikin. Adakah Iskandar akan menunaikan kata-katanya? Novel ini berfokus kepada pengurusan tanah pusaka sementara kisah percintaan antara teruna dan dara itu merupakan penyeri seluruh pengisahan.
Penerbit:
Pekan Ilmu Publication Sdn Bhd
Muka Surat:
216 Muka Surat