Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Malu Suka - Kenapa Ini Yang Kurasa? # (L4)

RM12.00
Price in points: 12 points
Weight: 0.12 kg
9789672865254
25 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Malu Suka - Kenapa Ini Yang Kurasa? #
ISBN: 9789672865254
Penerbit: Blink Book, Blink Trading
Penulis: Soothing Su
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 112
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.120kg
Dimensi (cm): 19cm x 12.5cm x 0.5cm
 
SINOPSIS
 
Amrina tiada pesona. Parasnya tidak jelita, tona kulit tidak sekata… malah tubuh sedikit gempal juga. Berkawan baik pula dengan geng kaca mata yang skema. Pakej tidak menarik ini buatkan dirinya halimunan di Sekolah Sri Bangsar. Diam-diam, Amrina menaruh hati kepada Zul Irfan… jaguh seni lukis sekolah. Segala perasaan dipendam, ia menjadi rahsia paling dalam. Bimbang dikatakan mengada-ngada… yalah, Zul Irfan itu kacak bergaya. Dirinya pula bagaikan lumut yang melukut di tepi tangga. Manalah setaraf dan serasi bersama.
 
Amrina dan tiga kawan dikenali sebagai Gadis Kaca Mata. Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan The Wannababes, mereka ibarat langit dengan bumi. Pelbagai ragam akan kita lihat sepanjang usaha mereka mengejar cinta hati masing-masing. Tidak cukup dengan menjawab kuiz cinta dalam sebuah majalah kecantikan, mereka cuba mempraktikkan panduan dalam buku Resipi Mencari Cinta yang dijumpai di perpustakaan.
 
Secara luaran, Amrina tidak kisah langsung dengan kuiz cinta ataupun buku Resepi Mencari Cinta. Namun dalam diam, dia cuba-cuba melakukannya ketika kawan-kawan lain tidak memberi perhatian. Amrina bijak menyembunyikan perasaan terhadap Zul Irfan tanpa diketahui Noreen dan Syakila. Bagaimanapun, rahsia terbongkar selepas Amrina secara tidak sedar membela Zul Irfan apabila mendengar gosip tidak baik terhadap kekasih idamannya. Kemudian, bermulalah misi yang dirancang Noreen dan Syakila terhadap Amrina sebagai usaha memikat hati Zul Irfan.
 
Malangnya, lain yang dirancang, lain pula yang terjadi. Paling memalukan adalah insiden makan kertas semasa sesi pembelajaran. Adakah Amrina akan serik mengejar cinta? Mungkinkah semua perasaan akan kekal rahsia? Berjayakan jejaka idaman ditakluki hatinya?
Penerbit:
Blink Book, Blink Trading
Tahun Diterbitkan:
2023
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
112 Muka Surat

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI