Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Makna Dan Pemikiran al-Kasb Menurut Imam al-Shaybani (Z15)

RM40.00
Price in points: 40 points
Weight: 0.36 kg
9789671495094
3 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Makna Dan Pemikiran al-Kasb Menurut Imam al-Shaybani
ISBN: 9789671495094
Penerbit: Akademi Jawi Malaysia Sdn Bhd 
Penulis: Prof.Madya Dr.Wan Suhaimi Wan Abdullah
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 154
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.355kg
Dimensi (cm): 23cm x 1cm x 15cm
 
Sinopsis
 
Berdasarkan karya Imām al-Shaybānī Kitāb al-Kasb yang menjadi asas kajian ini, dapat dilihat bagaimana Imām al-Shaybānī (w.189H), yang merupakan seorang ahli fiqh dan juga hadis, yang hidup dalam lingkungan 3 kurun terawal Islam, masih belum terkesan dengan gejala yang dinyatakan di atas.
 
 
Persoalan pokok karya ini, yang umumnya kini dikaitkan dengan aktiviti perekonomian, tidak disempitkan hanya dalam lingkungan Fiqh Mu‘amalat semata-mata, apatah lagi dalam konteks perkembangan di mana bidang ini kini boleh dikatakan sudah dieksploitasi demi mengesahkan apa yang sedia diamal-laksanakan dalam sistem ekonomi kapitalis Barat. Seseorang yang membaca kitab tersebut, dan juga kupasannya dalam buku ini, akan dapati bahawa aktiviti perekonomian, yang merupakan satu bahagian daripada satu per enam daripada maksud-maksud utama al-Qur’an sebagaimana di atas, diberikan ruang yang selayaknya.
 
 
Ia tidak dibesar-besarkan melebihi apa yang sepatutnya, dan dalam masa yang sama ia juga tidak dipisahkan daripada maksud-maksud lain yang lebih utama. Bahkan, pemahaman berkenaan aktiviti perekonomian yang disarankan di sini lebih bersifat pelengkap kepada misi mencapai maksud-maksud yang lain itu, pelengkap di antara keperluan dunia dan persediaan ke akhirat. Ini bermakna, ‘kefaqihan’ Imām al-Shaybānī masih merujuk kepada makna asal ‘faqih tentang agama’, tidak memisah-misahkan apa yang dikaitkan sebagai maksud utama al-Qur’an, tidak menyempitkan perbahasan perekonomian hanya dalam lingkungan perbahasan Fiqh Mu‘amalat semata-mata.
 
 
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kupasan aspek tertentu pemikiran al-Shaybānī dalam buku ini boleh dikaitkan dengan perbincangan berkenaan falsafah, motivasi dan pembangunan kerjaya dalam Islam, bahkan psikologi kerjaya dan mencari kehidupan yang berasaskan faham zuhud yang seimbang. Tegasnya, buku ini boleh membuka dimensi berbeza berbanding perbincangan yang umumnya diperkatakan kini berkaitan aktiviti perekonomian amnya dan kerjaya khasnya.
 
 
Profesor Madya Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah
Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS-CASIS)
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
Penerbit:
Akademi Jawi Malaysia
Tahun Diterbitkan:
2021
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI