SINOPSIS / SARI RANSANG
Tuduhan dan kata nista yang dilemparkan, membuatkan hati HANAN diserang rajuk. Lalu dia membawa diri ke Kuala Lumpur. Hanya dengan satu kebetulan, dirinya bertemu dengan SYED FALIQ. Pertemuan yang telah merubah keseluruhan hidupnya.
Tatkala usia 19 tahun, dirinya terikat menjadi seorang isteri. Satu kejadian tak terduga telah terjadi kepada diri dan kemudian digantung tidak bertali bertahun lamanya oleh si suami. Kerana kesakitan itu, Hanan memenjarakan hati. Tidak sedikit pun tercuit dengan kehadiran MIKAIL.
Namun berbeza pula bagi suaminya. Tidak pernah terfikir yang dirinya punya seorang isteri. Bahkan nama isteri yang dinikahi tidak pernah tersemat dalam kotak memori. Seraut wajah yang telah halal terhadapnya juga tidak pernah terukir di dalam minda. Tambahan pula berselindung di sebalik niqab di wajah. Membuatkan Syed Faliq telah melepaskan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul.
"Jangan buat saya macam ni. Tolonglah, encik!" - HANAN
"Tak ada sesiapa yang nak datang tolong kau. Sebab aku kesiankan kaulah hidup aku jadi macam ni. Sebab aku nak tolong kaulah... Kau sanggup aniaya aku. Sekarang kau rasa diri kau layak ke nak minta tolong dengan aku?!" - SYED FALIQ
Namun lima tahun selepas itu, kebekuan hati Hanan berjaya dicairkan oleh seorang pemuda. Bahkan seseorang yang terlalu rapat dalam hidupnya. Siapakah yang berjaya memenangi hati HANAN? Mikail atau SYED FALIQ? Segalaya bakal terjawab dalam Makmum Yang Tertinggal.