Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Lukisan Tarbiah 2 Refleksi #(Q17)

RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.44 kg
9789672118060
Out-of-stock
Sejak kecil lagi aku sudah mula melukis. Aku membesar dengan kartun, anime, manga, dan bermacam-macam jenis lagi seni hiburan yang membuatkan aku terus melukis sehingga sekarang.

Entah sudah berapa ribu helai kertas yang aku gunakan, berapa ribu jam aku habiskan, dan berapa ribu ringgit aku laburkan dalam bidang lukisan. Begitu banyak pengorbanan yang telah aku lakukan, semata-mata untuk terus melukis, dan melukis, dan melukis…

Sampai satu ketika, aku berhenti.

Penat.

Dan merenung kembali segala usahaku selama ini, terasa rugi. Tersangatlah rugi sekali….

Andai keuntungan dan pulangannya terhenti sekadar di sini.

Alangkah malang dan ruginya aku, jika tiada sedikit pun lukisanku selama ini yang dapat aku gunakan untuk meraih keuntungan di akhirat nanti. Lebih malang jika lukisanku bukan sahaja menjauhkan diriku sendiri, bahkan diri orang lain daripada Allah.

Nanti kelak di hadapan-Nya, apakah yang akan kujawab apabila ditanya ke manakah menghilangnya usia mudaku yang tenggelam dan lalai dalam komik, manga, anime dan drama. Apakah yang telah aku lakukan untuk menebusnya kembali?

Serta-merta kepenatan tadi hilang, dan mata penaku kembali terhunus. Aku mula membetulkan niatku, dan kembali melukis realiti. Lukisan-lukisanku kini refleksi kehidupan, yang akan aku abadikan dalam perjuangan. Ia bukan lagi sekadar dakwat di atas kertas, tetapi cerminan dakwah dan tarbiah.

Lukisan Tarbiah 2 ini, REFLEKSI untuk diriku dan dirimu.
Bacalah ia dengan mata hatimu!
 
Penerbit:
Sentap Press
Tahun Diterbitkan:
2017
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
313 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI