Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Lelaki Pertama #(L68)

RM28.90
Price in points: 29 points
Weight: 0.45 kg
9789671724446
22 pieces
+
Add to wish list

Kahwin paksa. Klise. Rash Haddy tak pernah sangka dia akan menjadi mangsa.

Cintanya pada Damia, perempuan yang dia sendiri tak tahu kenapa dia terlalu cinta, musnah. Terpaksa dilupakan begitu saja.

Kehendak Tuan Mahmod perlu diikut. Jika tidak, dia akan dicop dengan gelaran 'anak tak guna'. Paling dasyat lagi, silap-silap Tuan Mahmod boleh panggil dia anak derhaka.

Sejak kecil Haddy sebolehnya tak mahu ayahnya kecewa. Cukuplah dia tahu betapa deritanya Tuan Mahmod ditinggalkan mommynya satu masa dulu.

Dan, paling memeningkan, mommynya sendiri menyokong pulak dia berkahwin dengan gadis pilihan Tuan Mahmod. Walaupun pandangan mommy dan ayahnya selalu bertentangan.

Setelah habis ikhtiar untuk mengelak, akhirnya Haddy mengikut. Bagi Haddy, apa ada hal? Gadis itu dia kenal sejak kecil. Dia tahu siapa Nur Sarra. Lepas kahwin, dia yang akan menakluki segalanya. Dia suami. Dia ketua. Jadi apa yang perlu dia risau?

Namun, segala rasa lega itu musnah bila gadis yang dulunya dia kenal sebagai gadis nakal-nakal manja, sudah bertukar rupa. Gadis sporting yang pernah beberapa kali keluar dengannya itu, sudah jauh berubah.

"Aku tak faham betul. Kenapa perempuan seksi, bergetah, melentik macam Sarra tu, boleh menjelma jadi ustazah? Sampai nampak dua biji mata je. Pelik." - RASH HADDY

"Apa yang kita kejar kat dunia ni, Haddy? Selain redha Allah, tak ada apa yang patut kita excited sangat." - NUR SARRA JANE

Bagi Sarra pula, jodohnya dengan Haddy adalah ketentuan Tuhan yang paling indah. Setiap sabarnya, dia yakin pakai ada 'hadiah'. Kerana Haddy adalah lelaki yang sejak dulu dia cinta.

Adakah Nur Sarra berjaya menjadi satu-satunya bidadari di hati Haddy?

Penerbit:
Karya Publika Sdn Bhd
Tahun Diterbitkan:
2019
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
570 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI