Tajuk: Lail : Selimut Malam Dan Ketakwaan Harta
ISBN: 9789672302346
Penulis : Mohd Daud Bakar
Penerbit : Amanie Media
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 150
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.195 kg
Dimensi (cm): 20.4 cm x 14.1 cm x 1.5 cm
SINOPSIS
Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mempunyai pengalaman dalam bidang kepenasihatan Syariah selama lebih 25 tahun. Beliau yang merupakan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Amanie Advisors juga dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa yang ke-8 dan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Beliau juga merupakan penaung kepada Kedah Darul Aman FC.
Beliau yang dilahirkan pada tanggal 5 Mac 1964 di Alor Setar, Kedah menerima pendidikan pertama di Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Baru. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Arab (Maktab Mahmud) di Alor Setar, Kedah dan di Kolej Islam Klang, Selangor.
Pembelajaran antarabangsa beliau bermula apabila ditawarkan biasiswa di
peringkat Sarjana Muda Syariah di Universiti Kuwait. Beliau kemudian
dianugerahkan PhD dari Universiti St. Andrews di United Kingdom. Tesis beliau
ialah di dalam bidang Usul al-Fiqh laitu disiplin mengenal metodologi yang
digunapakai oleh para mujtahid untuk mengembangkan hukum-hukum Islam.
Hasil kesungguhan beliau, diiktiraf sebagai salah seorang dari 5 penasihat Shariah Kewangan Islam terkemuka di dunia. Pada masa lapang, beliau gemar berkarya dan sehingga kini telah menulis
sebanyak 32 buah buku pelbagai genre.