Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Kota Iblis # (L28)

RM28.90
Price in points: 29 points
Weight: 0.27 kg
9789672394365
33 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Kota Iblis # 
ISBN: 9789672394365
Penerbit: Karya Publika
Penulis: Pelbagai Penulis
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 392
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.315
Dimensi (cm): 18.5 x 11.5 x 1.9

 

SINOPSIS

TAJAU-RUBY ANNAS

Mengikut legenda Iban, antu pala berapi adalah paling digeruni. Setiapkali menjelang Gawai Hantu, upacara miring akan dilakukan. Namun, setiap 23 tahun juga, antu pala berapi akan berlegar-legar dan mengganggu penduduk kampung di sekitarnya. Pada keesokan harinya, pasti ada nyawa yang terkorban.

Selang 23 tahun kemudian, satu pertelingkahan antara dua puak kaum Iban terjadi dalam merebut cinta seorang wanita bernama Ambon. Ambon telah memilih Sana iaitu seorang Raja Berani yang berasal dari Tembawai Punjong. Senabong yang juga menagih cinta Ambon telah dihalau keluar dari rumah panjang Tembawai Punjong kerana sering menimbulkan kekecohan dan dia mewujudkan satu penempatan baru di Tembawai Besai.

Pertelingkahan mereka tidak berakhir disitu. Tembawai Punjong telah dilanda ribut yang dahsyat sehingga mengorbankan nyawa Sana dan Nara. Tetapi orang-orang Tembawai Punjong menyatakan, nyawa mereka dicabut kerana upacara miring tidak diadakan sehingga menimbulkan kemarahan antu pala berapi.

HIPNOSIS-DINI HANANI

Kemalangan meragut nyawa Matilda, tunang Isaac akibat daripada sikapnya yang mengikut perasaan semasa memandu. Sepanjang berada di hospital dan di tempat pengebumian Matilda dia diekori oleh seorang lelaki tua yang misteri, iaitu Sir Paul Browse. Lelaki tua tersebut menawarkan satu keajaiban yang bakal dia lalui sekiranya bersetuju untuk melalui hipnoterapi di Eyes of Paradise. Isaac sangsi dan berasa ragu-ragu. Dalam masa yang sama dia juga sungguh rindukan bekas tunangnya walaupun dia tahu yang Matilda dan dirinya sudah berbeza dunia. Setiap hari merupakan hari perjuangan untuk dia bebaskan fikirannya dari teringat akan Matilda. Bertambah menyedihkan lagi dalam hidupnya, apabila ibu bapa Matilda yang dia anggap seperti keluarganya menyampaikan hasrat untuk berpindah ke Perancis. Namun, ada sesuatu yang sering mengganggunya selepas itu.

ASRAMA-MOHAMMAD KAMAL

Aswad telah mendapat tawaran belajar di salah sebuah sekolah swasta yang menempatkan pelajar-pelajar cemerlang. Aswad juga mendapat tajaan biasiswa memandangkan dia adalah seorang anak peladang dan ibunya menjahit pakaian.

Amir dan Malik ingin membalas dendam kerana, bapa Aswad memalukan bapa sepupunya yang merupakan orang kaya dan memiliki sayap perniagaan yang besar. Kebetulan pula, empat sekawan tersebut telah saling mengenali sebelum masuk ke dalam Kolej Ulul Albab yang dibangunkan oleh Tuan Haji Rashid yang merupakan seorang pengetua cemerlang.

Aswad didera mental dan fizikal oleh seorang guru yang bernama Cikgu Hamidi. Guru tersebut telah dibayar dengan sogokan wang oleh bapa Hilman untuk menjaga anaknya. Cikgu Hamidi mengambil kesempatan untuk meliwat Aswad kerana mengalami masalah rumah tangga yang dicetuskan oleh Linda, isterinya. Aswad juga difitnah dengan pelbagai tomahan dan akhirnya meninggal dunia. Ura-ura mengatakan, Aswad mati kerana membunuh diri

Penerbit:
Karya Publika
Tahun Diterbitkan:
2023
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
392 Muka Surat

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI