Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Tajuk : KOMBO TAKDIR - HILAL ASYRAF

ISBN : kombo-takdir- hilal-asyraf

 

KOMBO HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI merangkumi tiga buah buku iaitu:

Takdir 1: Cahaya Yang Tidak Terpadam 

Sedekad berlalu semenjak Sang Ashura menumbangkan Kesatuan Lima Kerajan dan mengabsahkan Kerajaan Utopia miliknya. Dengan meletakkan Lima Wilayah di bawah kekuatan jeneral-jeneralnya, Sang Ashura mengangkat dirinya sebagai Tuhan Yang Agung dan memerintah 2/3 dunia.

Di tengah kegelapan yang pekat ini, rata-rata menganggap bahawa cahaya telah pun terpadam. Pun begitu di tengah padang pasir yang luas, Kerajaan Tanah Haram Makkah antara yang masih percaya kepada janji-janji Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya dan meneruskan perjuangan menentang Sang Ashura.

Jauh dari Ujong Medini, muncul seorang pemuda bernama Angkasa Sakti, diamanahkan bapanya untuk ke Kerajaan Tanah Haram Makkah, membawa obor bagi mengubah keadaan dunia.

Apakah dia merupakan cahayanya? 

Takdir 2: Percaya Yang Tidak Sirna

Peperangan sebelum ini mengejutkan dunia dan menaikkan nama Kerajaan Tanah Haram. Ketenangan datang singgah di atas muka bumi buat beberapa ketika, tetapi tidak diambil sebagai peluang bersenang-lenang oleh pejuang-pejuang kebenaran.

Dakwah digencarkan, strategi untuk peperangan seterusnya segera diatur. Angkasa sendiri menyambung pengembaraannya, kini ke Sorga untuk mendapatkan kekuatan tambahan bagi menghadapi Kerajaan Utopia.

Namun tanpa disangka mereka, Sang Ashura juga ada rencana tersendiri yang bakal menggegarkan mereka. Kepercayaan mereka kepada Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya bakal teruji.

Apakah kepercayaan itu benar-benar tidak akan sesekali sirna?
 

Takdir 3: Janji-Nya Yang Tidak Termungkir 

Menerima pukulan demi pukulan, kepercayaan kepada Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya menipis. Angkasa teruji dengan dahsyat.

Membalas apa yang menimpa ke atas mereka, Kerajaan Tanah Haram bergabung dengan Kerajaan Sorga dan Janggel, membentuk Kesatuan Ummah, melancarkan serangan ke atas Kerajaan Utopia. Namun di sini Angkasa dipukul dengan pendedahan yang hampir meranapkan semangatnya.

Janji-janji Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya mula dipersoal.

Apakah benar janji-janji kemenangan yang selama ini dicanangkan?

Atau sebenarnya itu semua sekadar satu ilusi?

Pengakhiran epik yang dinanti-nanti! 

 

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI