KOMBO Jerry D. Gray mengandungi lima buah buku iaitu:
1. Allah Loves Me
2. Rasulullah Is My Doctor
3. Deadly Mist: Usaha Amerika Merosakkan Kesihatan Dunia [Edisi Bahasa Melayu]
4. The Final Chapter
5. Trust No One
Allah Loves Me
Kisah saya bukan yang terbaik untuk diceritakan, bukan juga paling hebat untuk dijadikan iktibar.
Namun, saya ingin berkongsi detik-detik indah ketika saya mula sedar betapa Tuhan itu begitu cintakan saya.
Saya tidak tahu yang Allah s.w.t. sudah mempunyai misi khas untuk saya sejak dilahirkan lagi.
Ujian demi ujian, kesakitan demi kesakitan itu rupa-rupanya adalah petanda Dia mahu saya kembali mereguk cinta-Nya.
Tiada yang lebih membahagiakan apabila sudah merasakan nikmat cinta itu, dan tidak mungkin saya berpaling lagi. Ini adalah jalan yang terbaik.
“Aku redha Allah s.w.t. adalah Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad s.a.w. sebagai Rasulku.”
Rasulullah Is My Doctor
Sesungguhnya thibbun nabawi (pengubatan cara Nabi) adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya. Rasulullah s.a.w. berpesan dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali Dia juga menurunkan ubatnya."
Ilmu perubatan Rasulullah s.a.w. adalah satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara praktikal sejajar dengan amalan Rasulullah s.a.w. Baginda bukan sahaja memberi resepi perubatan secara spiritual, malah fizikal juga. Justeru itu, ilmu perubatan ini masih relevan bagi masyarakat moden, memandangkan tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden.
Buku ini sungguh luar biasa. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, kaedah ini digunakan bagi mengubat beberapa penyakit yang dialami dan berjaya disembuhkan. Semoga perkongsian ini dapat menjadi pengajaran dan inspirasi kepada pengamal medik dan masyarakat awam khususnya umat Islam. Ini membuktikan apa yang tertulis dalam Al-Quran dan hadith adalah benar dan sempurna.
Deadly Mist: Usaha Amerika Merosakkan Kesihatan Dunia [Edisi Bahasa Melayu]
Kejahatan kerajaan Amerika Syarikat bukan lagi rahsia. Umat Islam di Iraq, Afghanistan, dan di Palestin dibantai. Sejak pembentukan negara Amerika, mereka melaksanakan program kawalan populasi penduduk dunia. Akibatnya, warganegaranya sendiri pun menjadi korban bahan ujian biologi dan kimia. Semua untuk satu alasan, keamanan nasional.
Pada Perang Dunia Kedua, secara rahsia, kerajaan Amerika berkolaborasi dengan Hitler, merancang bagi mencipta Pemerintahan Dunia Baru (New World Order), dengan mencipta senjata kimia dan biologi pemusnah massal.
Buku ini membongkar secara sistematik, sisi lain kejahatan kerajaan Amerika Syarikat yang membahayakan nyawa manusia seperti penghasilan zat-zat biologi dan kimia, sebagai contoh monosodium glutamate (MSG), aspartame (gula buatan) dan lain-lain. Bahkan penyakit selsema burung, SARS, AIDS dan penyakit-penyakit membawa maut lain adalah juga hasil ciptaan kerajaan Amerika Syarikat.
Bab 1: Sejarah Ringkas!
Bab 2: Menyerang Rakyat Amerika Syarikat dengan Senjata Biologi
Bab 3: Pentadbiran Bush
Bab 4: Kelahiran AIDS
Bab 5: Antraks dan I.G. Farben
Bab 6: Pengkhianatan Media
Bab 7: Selsema Burung
Bab 8: Menyediakan Kem Tahanan untuk Rakyat Amerika
Bab 9: Jejak-Jejak Kimia (Chemtrails)
The Final Chapter
Dunia sekarang semakin hampir menuju akhir zaman. Pelbagai tanda dan petunjuk semakin jelas kelihatan. Kejahatan kuffar dan puak pembela Dajal mula memimpin konspirasi kemusnahan. Adakah kita sudah bersedia menentang kejahatan dengan kebenaran? Ataupun masih terbuai dengan keseronokan dunia dan tipu daya syaitan?
Apabila Dajal datang membawa segala kesenangan dan mengaku sebagai Tuhan, hanya iman yang dapat memandu kita. Hanya iman juga yang dapat membezakan di mana pengakhiran kita, syurga ataupun neraka.
Sudah bersediakah kita?
PENGENALAN
BAB SATU: PERMULAAN AKHIR ZAMAN
Permulaan Akhir Zaman
Gempa Bumi
Sungai Euphrates Kering, Tanda Kemunculan Imam Mahdi
Kemiskinan
Angin Merah
Berlumba-Lumba Membina Bangunan Tinggi
Waktu Pantas
Pengangkutan Moden
Telekomunikasi
Dajal Berumur Panjang
Teknologi Dajal
Kejatuhan Niai-Nilai Moral
Penolakan Agama Kebenaran dan Nilai Moral Al-Quran
Nota Hujung
BAB DUA: PELBAGAI KEAJAIBAN
Afghanistan
Limpahan Kekayaan
Kemiskinan akan Berakhir
Agama Kembali Kukuh
Kelebihan Surah Al-Kahfi
Keadaan Dunia sebelum Imam Mahdi Muncul
Nota Hujung
BAB TIGA: IMAM MAHDI MEMIMPIN DUNIA
Imam Mahdi Keturunan Nabi Muhammad s.a.w.
Kaabah dan Pertumpahan Darah
Ketika Rasuah Berleluasa
Siapakah Imam Mahdi?
Peperangan Iran – Iraq
Peperangan Arab Saudi, Iran, dan Syria
Kemunculan Al-Mahdi
Ciri-Ciri Al-Mahdi
Penampilan dan Pemerintahannya
Nota Hujung
BAB EMPAT: KAWALAN SIHIR
Pengikut Syaitan
SBY Dianugerahkan Knight Grand Cross
Fakta
Nota Hujung
BAB LIMA: NABI ISA, PENYELAMAT YANG DIJANJIKAN
Kemunculan Nabi Palsu
Nabi Muhammad s.a.w. Turut Menceritakan
Perihal Kepulangan Nabi Isa
Kepulangan Nabi Isa Selepas
Ramai Nabi Palsu Muncul
Majalah Time
Bagaimana Kita Mengenali Nabi Isa?
Era Keemasan (Zaman Kegemilangan)
Nota Hujung
BAB ENAM: DAJAL
Dajal
Nota Hujung
BAB TUJUH: GENDERANG PEPERANGAN
Konspirasi Penggulingan
Mengapa Bilangan Kematian yang Diumumkan
Amerika Syarikat adalah Berbeza?
Jangan Hilang Harapan
Nota Hujung
BAB LAPAN: ILLUMINATI MEMBENCI SEMUA ORANG ISLAM
Huru-Hara dan Kekacauan (Anarki)
Apa Lagi Kita Perlu Tahu?
Nota Hujung
KESIMPULAN
NOTA
Trust No One
Sinopsis
Misteri kehilangan MH370 Malaysia Airlines masih menjadi tanda tanya. Sehingga kini, motif kehilangan pesawat itu masih belum terungkap walaupun banyak pihak sudah menyatakan pelbagai spekulasi dan andaian.
Begitu halnya kepada pelbagai bencana yang berlaku di seluruh dunia seperti gempa bumi di jepun, tsunami di Acheh, banjir di Pakistan, pemanasan global, program kawalan populasi, penipuan vaksin dan pengkhianatan dalam industri perubatan dunia. Aneh.
Buku ini membincangkan konspirasi terancang yang dilakukan pihak tertentu bagi menguasai umat manusia di seluruh dunia.
Agenda keji dengan kolaborasi pihak media menjadikan perancangan yang dilakukan cukup licik sehinggakan ramai di antara kita sudah tertipu dan percaya kepada fitnah.
Jangan biarkan kita menjadi mangsa penipuan dalam senyap.
Kita bukan tuli untuk bersuara, bukan buta untuk menilai.
Oleh itu, jangan percaya sesiapa, persoal segalanya, selidik dengan mata hati, dan iman yang benar.
Review
KONSPIRASI MH370
Apa yang terjadi kepada pesawat MH370 adalah tragedi 911 versi Asia?
.
Seperti tragedi 911, kehilangan pesawat MH370 terus diselubungi misteri. Usaha yang dilakukan bagi menutup segala informasi dan bukti adalah sama dan mengikut pola seperti yang terjadi kepada tragedi 911 Amerika.
.
Tragedi MH370 SERANGAN kerajaan 'rahsia' Amerika Syarikat?
.
Agensi British dan Amerika mempunyai satelit pengintip menjaga kawasan itu dan mengawasinya 24 jam sehari. Mereka tahu secara tepat apa yang berlaku.
Mengapa mereka tidak mahu sebarkan imej-imej bagi menjernihkan kepincangan yang sedia ada?
Mengapa menyembunyikannya?
.
Tony Abbot, Perdana Menteri Australia sengaja memberikan maklumat kotak hitam yang palsu bagi mengalihkan perhatian tim pencarian, jauh daripada nasib malang pesawat.
Mengapa dengan penipuan? Mengapa menyembunyikan?
Apakah yang Australia akan dapat daripada semua ini?
Berapa banyak negara yang terlibat dengan penyembunyian ini? Mengapa?
.
Aneh! Misteri tinggal misteri. Jangan biarkan kita menjadi mangsa penipuan dalam senyap
.
Kita bukan tuli untuk bersuara, bukan buta untuk menilai.
“Jangan Percaya Sesiapa, Persoal Segalanya”
Dapatkan segera buku ini bagi membongkar segala konspirasi terancang yang dilakukan pihak tertentu bagi menguasai umat manusia di seluruh dunia. Buku ini turut mengisarkan tentang bencana gempa bumi, tsunami, penipuan vaksin dan banyak lagi.
PRODUK DALAM KOMBO INI:
|
|