Tajuk : KOMBO HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI
ISBN : kombo-satria-satria-sejati
KOMBO HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI merangkumi lima buah buku iaitu:
HIKAYAT SATRIA SATRIA SEJATI GENERASI BAHARU 1 - HILAL ASYRAF
Satu tragedi tidak disangka-sangka telah berlaku, menyebabkan Ariki lari dari istana, meninggalkan kezaliman ayahandanya. Takdir menemukan dengan Aifer, puteri kepada Kabeer, yang telah bersetuju melindunginya dengan beberapa syarat aneh tanpa Ariki tahu, lembaran pengembaraan yang panjang lagi mencabar sedang terbentang di hadapannya.
Pertembungan antara kegelapan dan cahaya mula mengambil tempat.
HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI ARUS PERUBAHAN 2 - HILAL ASYRAF
Enam bulan telah berlalu semenjak tragedi di Wagangada. Ishmakil masih belum pulang menumbuh perasaan risau dalam diri Ariki dan rakan-rakan. Ibu Umeira menghantar mereka ke Timur untuk menjejaki Ishmakil. Destinasi pertama Ariki dan rakan-rakannya ialah Mastazadi, sebuah negara pahlawan yang dipimpin seorang budak.
Tanpa Ariki ketahui, perjalanannya ke Mastazadi itu bakal dipenuhi dengan konflik dan tragedi!
Pada masa yang sama, deklarasi Ariki di Wagangada telah menginspirasikan pemberontakan. Kini para pemberontak berkumpul mempertahankan Masjid Al-Aqsa dari cengkaman Lutello, Maharaja Mukan'Aja. Lutello bergerak ke sana untuk menghapuskan mekera , tanpa menyedari sesuatu yang besar sedang menantinya.
Kisah perjuangan epik penuh dengan mehnah dan tribulasi, nakal menggegarkan para pembaca!
HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI BADAI PERJUANGAN 3 - HILAL ASYRAF
Ariki koma selamam enam bulan lamanya, dan bangkit secara tiba-tiba dengan satu kejutan yang menggegearkan semua.
Pada masa yang sama, Lutello telah hilang kewarasan dan mula membina kerjasama bersama Uluwalu, dengan matlamat mahu mencapai kekuasaan yang lebih besar1
Bagi menghalang kerjasama tersebut, Arata menghantar Ariki , Aifer , Yusuf, Gidaya dan Ishmakil ke Uluwalu. Namun satu rahsia pula tersingkap melibatkan Yusuf!
Runihara dan kekandanya, Jilani, akhirnya sampai ke Tanah Suci , dan polemik antara mereka dan Mikail pula tercetus mengheret mereka ke konflik dalaman di negara utama ummat Islam itu.
Pengembaraan Satria-Satria Sejati bergolak dan mendebarkan!
Ikuti perjalanan perjuangan mereka yang seterusnya!
Mukan'Aja telah berpakat bersama Uluwalu dan Tanah Suci untuk menggempur Mastazadi. Kekuatan mereka telah berkumpul di hadapan benteng Mastazadi, menanti kehadiran Lutello untuk memulakan gempuran.
Menanti momen tersebut, Lakshamana telah memulakan serangan gerila bagi melemahkan pertahanan Mastazadi.
Pada masa yang sama, Ariki telah kembali Aifer, Yusuf dan Ashwadi, dan diberikan misi oleh Arata untuk menguasai Seni Tempur Maharaja. Seni tempur yang dianggap sebagai kunci untuk Ariki memenuhi takdirnya sebagai Raja Yang Sebenar.
Sementara itu, Mikail, Runihara dan Jilani telah disembunyikan oleh Ruh Al-Akbar di Madinah, namun keberadaan mereka di situ telah diketahui oleh Habib Jama'a.
Keadaan semakin genting dan mendebarkan.
Pengorbanan tidak akan dapat dielakkan.
HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI GENERASI PEJUANG 5 - HILAL ASYRAF
Bustanati, negara nusantara yang gagah berdiri sebagai benteng terakhir amukan Mukan'Aja, menjadi tempat perlindungan seterusnya buat Ariki dan rakan-rakan. Bersama kepimpinan Bustanati, mereka cuba mencari jalan ke arah kemenangan.
Tuah Awaras cuba untuk menjalin hubungan semula dengan Ariki, namun Ariki sukar menerimanya akibat kebenaran yang telah terzahir. Namun terpaksa bersama dengannya, akinat ilmu Seni Tempur Maharaja yang perlu dimahiri.
Merasai kehilangan, Ashwadi menyimpan dendam mendalam terhadap Lutello, yang dianggapnya menjadi punca kepada kematian insan tersayang.
Mikail pula menyusun strategi tuntas untuk bergabung Tanah Suci dan Bustanati bergabung tenaga bagi menumbangkan Mukan'Aja.
Sementara itu, Lutello tenggelam di dalam kesunyian diri dan kegelisahan jiwa.
Pada masa yang sama, Lakshamana tidak sabar untuk mempamerkan kekuatan dan menyempurnakan misi asal maharajanya 1
Penamat siri Hikayat Satria-Satria Sejati, apakah perjuangan akan berakhir disini?