Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


KOMBO: Bumper New-stalgia: Ujang & Apo 

Acapkali memori manis dalam serebrum otak kita dari urat sarafnya yang berhubung adalah dari nostalgia kanak-kanak. Dan ini tertumpu tepat pada alam cuti persekolahan Segalanya adalah dunia kanak-kanak bebas dari belenggu rutin harian bangun pagi, kerja sekolah, dan peperiksaan. Perbedaan zaman dulu dan sekarang bukan polemik besar kerana apa yang dirasai ketika cuti sekolah adalah sama. Dari tadika, darjah hingga ke tingkatan, cuti akhir persekolahan adalah satu fasa agung untuk dipenuhkan dengan acara bebas dan diberikan kelepasan am secara total ketika kanak-kanak menjadi ingatan indah kita sehingga hari ini. Kita raikan rasa nostalgia dengan isu ini. Selamat bercuti! Yak Yak yee!

***************************

GAYOUR - BAWANG - PADI - MANGGIS - SIREH - KOBIS BUNGA - PANDAN - NIK - SAGU - LAMBOK - LEPAT - UCHOT - CENDOL - JAMBANG - MURTABAK - PJOE - PAPAN - AH BLUE - ALIOW - GENESIS - PETAI - AYOI - KIWI - BENDI - PANJANG - KELADI - CIKU - BIJAN - SPIDER - ADONIS - BULOH - SUKUN - RAMBAI - KANGKUNG - JINTAN - JERING - BACANG - PUDING - CENDAWAN - LABU - LALANG - TAUGEH - BELIMBING - JOE LABU - KUNYIT - BOY P.J - SENGKUANG - LEMPENG - KUYUP - ATUCK - CABAI - SABRIE SAB Karya dalam kenangan : Allahyarham Zainuddin Salleh (LENGKUAS) - Allahyarham Mohd Hairul Noh (BELTIONG) ***************************

Judul : Bumper New-Stalgia : UJANG & APO? - PERCUMA Kalendar 2020

Pelukis / Warna : Gayour

ISSN : 1394-0236

Tarikh Penerbitan : November 2019

Edisi : Cetakan Pertama Cetakan / Warna

Cetakan : 240 mukasurat / hitam putih dan warna

 

BUMPER NEW-STALGIA PUASA & RAYA 2020

Edisi Karya Terbaharu Dan Lama Majalah Ujang & APO?

 

 

Dalam kedukaan kita mengharungi wabak Covid-19 yang kita tidak pasti pengakhirannya.

Dan kesedihan yang sudah pasti tak dapat kita lari. Hanya ini yang mampu kita sajikan di bulan Syawal ini.

Nostalgia Bumper Raya pasti menggamit kenangan kita dulu. Dengan lebih dari 100 muka surat karya terbaru kartunis dan selebihnya adalah kompilasi dua majalah iaitu UJANG & APO?.

Moga Bumper New-Stalgia Puasa & Raya 2020 ini memberi sinar pada Syawal yang mulia ini.

Salam Syawal dan maaf zahir dan batin.

 

 

PERCUMA 8 SAMPUL SKETSA RAYA

Sebagai salah satu acara penting bagi budak-budak setiap tahun ketika raya, dan bersedekah itu juga amalan yang sangat mulia, kita selitkan 8 sampul PERCUMA dari 8 kartunis dengan kartun sketsa raya. 

 

BUMPER NEW-STALGIA PUASA & RAYA 2020

Edisi Karya Terbaharu Dan Lama Majalah Ujang & APO?

Judul: Bumper New-Stalgia Puasa & Raya2020: PERCUMA 8 sampul sketsa raya

Pelukis: Petai

ISSN: 1394-0236

Tarikh Penerbitan: Mei 2020

Edisi: Cetakan Pertama

Cetakan/Warna: 240 muka surat (hitam putih dan berwarna)

 

Ujang & Apo? Bumper New-stalgia Trobek 2020

 

ERA 90an satu titik mula usia remaja abah² kita. Kebanyakan yang lahir sekitar 70an atau 80an akan bermula usia mudanya di fasa ini. Rasionalnya mereka pada hari ini rata² telah berkeluarga dan mencecah 4 series. Bagi meraikan era ini kita kompilasikan era ini sebagai tema. Nostalgia diabadikan sebagai kenangan manis suatu waktu dulu. Namun era millennia bukan dipinggirkan, kita akan bermula dengan era awal. Kita throwback (TROBEK) dan fasa lain akan mula berturutan. Throwback bermaksud kembali pada apa yang telah terjadi atau melihat kembali ke masa lalu. Ini sebagai tribute untuk abah² korang... Boleh la bagi dia tersenyum sumbing mengenang waktu yang pernah dirasainya. "The 90s, The Last Great Decade. Born in the 80s raised in the 90s..." ********************************************************

PERCUMA KAD KOLEKSI TROBEK Haaa!!! PERCUMA boh... Kita tampilkan 10 kad koleksi trobek dari kepelbagaian watak hasil dari Kartunis UJANG dan APO?. Gabungan parodi sebgai satira dan jenaka antara watak lejen 80an dan 90an. Kita trobek watak² terdahulu sebagai kenagan dan juga untuk dikumpulkan. Dengan trobek hati den pun terubek (terubat)! PEH!!! ******************************************************** Judul : Bumper New-Stalgia TROBEK - PERCUMA Kad Koleksi Trobek Pelukis : Lambok ISSN : 1394-0236 Tarikh Penerbitan : Ogos 2020 Edisi : Cetakan Pertama Cetakan / Warna Cetakan : 240 mukasurat / hitam putih dan warna

 

BUMPER NEW-STALGIA PARODI 2020

PARODI PULAK DAH... Bumper kali ni kita hidangkan juadah lain pulak laa... Agak Cliché balik² mende yang sama kita hadap. Cuti sekolah setiap hujung tahun dan kita juga umpama dilanggar garuda bila mana Covid-19 datang melanda ke seluruh pelusuk bumi. Habis perancangan yang diaturkan dan kembali kita ke sunatullah atau hukum alam dan setiap kejadian alam telah ditentukan oleh Allah SWT. Semua ada peraturan, peranan dan fungsinya. Kita hadapi apa saja dengan tabah.

Bumper kali ini diberi sedikit kelainan dengam membawa karya² parodi terbaru dari setiap kartunis. Acapkali kita beritahu, ini bukan karya lama kartunis, ini adalah juga himpunan karya terbaru mereka terdiri daripada Kartunis GAYOUR, BAWANG, SIREH, KOBIS BUNGA, RAMBAI, PANDAN, LAMBOK, PETAI, OREN, SAGU, LEPAT, SHAH, MANGGIS, UCHOT, CENDOL, PJOE, BENDI, NIK, KELADI, SPIDER, JAMBANG, dan ramai lagi. Bukan sekadar bernostalgia, tapi kita NEW-STALGIA dengan kartun dan karya terbaru mereka... Selamat bercuti sekolah dan berkurung di rumah ye! ************************************************

Seperti biasa kita tidak ketinggalan, kita kepilkan sekali kalendar 2021 untuk korang, dari 12 kartunis dengan poster karya parodi yang juga menjadi tema drama dalam Majalah Bumper New-Stalgia Parodi kali ini. Umpama wayang laaa, sebelum ditayangkan mesti bikin teaser dan poster mengikut waktu dan tarikh tayangan bermula...

 

BUMPER NEW-STALGIA PKP 2021
KITA membuka tirai tahun ini dengan bertemakan isu Pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana dah menjadi satu norma baru dalam kehidupan kita seharian. Sebagai pengkarya juga perlu cakna dalam menyebarkan segala info dan moral untuk membantu para Frontliner kita untuk memutuskan rantaian COVID-19. Dan sebagai pengkarya kita lunaskan tanggungjawab kita di atas kertas. Sebaran umum secara santai dan patuhi SOP yang ditetapkan. PKP masih diteruskan. Kita mesti menang!

************************************************

KAD APRESIASI PKP (PENGHARGAAN KEPADA PENYUMBANG)

 

 


ATAS dasar keperihatinan, bersama² kita membantu dalam menghadapi COVID-19 ini, kita kepilkan KAD APRESIASI PKP dalam majalah BUMPER NEW-STALGIA PKP. Ini sebagai satu tanda penghargaan. Setiap RM1 dari anda dan sumbangan dari pihak kami juga akan disalurkan terus kepada Tabung Rasmi COVID-19. Dengan #KITAGENG #KITAJAGAKITA moga dapat sedikit sebanyak membantu yang terjejas dalam meringankan beban yang digalas. Mungkin ini adalah seringan² bantuan dari kami dan anda dalam menyatakan sokongan dan bantuan. Terima kasih pada pembaca. Baguih dok ada...

Bumper Ujang & Apo? Bumper New-Stalgia Posa Raya 2021

Sesuatu akan hadir pada ramadan ini

Sempena lebaran naskhah hidangan tradisi

Meriahkan syawal dikala PKP dan SOP

Gelanggang Bumper Karyawan beraksi

****************************************

Salam Ramadhan & Syawal. Penyeri dan membuka tirai kita kali ini dengan karya tersohor dari abang lejen kita, Yaz Malee. Antara kartunis terawal yang banyak kali menghasilkan cover majalah Ujang satu ketika dulu menggunakan arkilik sebagai medium utama. Atas momen itu kita ingin mengembalikan rasa segar dan autentik yang di bawa.

Kali ii dengan menggunakan catan air secara manual dan menterjemahkan hiruk pikuk masyarakat yang berlegar kempunan ingin pulang ke kampung halaman dan merasa kembali kemeriahan suasana hari raya seperti dulu. Larangan rentas negeri memang memeritkan. Dan rentas daerah pula mengikut situasi yang dibenarkan. Bagaimana norma baru Aidilfitri kali ini? Wallahu'alam bissawab. Kita biarkan pihak berwajib memutuskan. Noktah.

*****************************************

8 SAMPUL PERCUMA SKETSA RAYA Seperti mana tahun dulu kita juga menyelitkan 8 sampul percuma sketsa raya. Dan untuk tahun ini kita selitkan 8 sampul lagi secara percuma dari berlainan kartunis pula. Jika dikumpulkan pada Bumper tahun lepas, terdapat 16 karya Kartunis yang dapat dikumpulkan. Boleh dijadikan koleksi peribadi atau dapat juga memberi keceriaan pada kanak² di hari lebaran ini.

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI