Penerbit: Blink Trading
Penulis: Ilyas Saaid, MK Riza
Muka Surat: 110
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.15
Dimensi (cm): 19cm x 12.7cm x 0.6cm
Menurut Az Zuhri… Sayidina Uthman ialah seorang lelaki yang tampan, memiliki rambut yang cantik. Kedua-dua tapak tangannya lebar, berlengan panjang, mancung hidungnya, bentuk mulutnya cantik, dahinya lebar, giginya teratur, paras rambutnya lebih rendah daripada cuping telinganya. Sesetengah riwayat mengatakan beliau berkulit putih… namun ada riwayat mengatakan beliau berkulit sawo matang.
Dalam masyarakat Arab Quraisy, Sayidina Uthman sangat dihormati lantaran kejayaannya sebagai saudagar yang kaya. Tambahan pula, akhlaknya sangat menawan sesiapa sahaja yang berhadapan dengannya. Tutur kata manis, bersopan santun, tenang dan juga penyabar. Sayidina Uthman merupakan tokoh terkemuka daripada Bani Umayyah.
Perwatakan peribadi figura hebat ini sedari awal memang sangat berbeza berbanding pemuda-pemuda lain. Walaupun belum memeluk Islam… Sayidina Uthman tidak pernah menyembah berhala dan minum arak. Sayidina Uthman juga sangat mengenali Nabi Muhammad SAW. Berasakan mustahil untuk Nabi Muhammad SAW membawa satu pembohongan… lalu diterima Islam tanpa ragu-ragu kerana agama kebenaran dan kebaikan itu secocok dengan jiwanya. Maka atas sebab itu… Sayidina Uthman adalah antara orang terawal yang memeluk agama Islam. Ketika itu umurnya baru 34 tahun. Inilah rentetan kisah hidup Uthman bin Affan hingga matinya yang syahid… dijanjikan syurga Allah.