Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Ketika Alam Bertasbih (OP3)

RM15.00
Price in points: 15 points
Weight: 0.25 kg
OS
Out-of-stock
Add to wish list

Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-0142-65-4 
Tarikh Terbit: 15 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 192

 

Berat (kg): 0.25

 

Terungkainya Misteri Alam Melalui Petunjuk Al-Quran dan Sains

 

 

Langit yang tujuh, bumi, dan semua yang ada dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatupun melainkan mereka bertasbih dengan memuji-Nya, namun kamu semua tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya, Dia adalah maha penyantun lagi maha pengampun.”

Surah al-Israk, ayat 77

 

 

Tentu Anda Ingin Tahu:

  • Mengapa langit digelar 'atap' dunia?

  • Kewujudan sungai dalam laut

  • Air dan kunci ke syurga

  • Di manakah 'paru-paru' dunia?

  • Adakah sains membuktikan al-Quran?

 

Dalam surah al-Anbiyak, ayat 79, Allah menyatakan, “Dan sudah Kami tundukkan gunung-gunung dan 
burung-burung, semua bertasbih bersama Daud.”

 

Timbul pula persoalan dalam benak kita, 'Bagaimana gunung dan burung bertasbih?'

 

Gunung dan burung bertasbih dengan melaksanakan tanggungjawab mereka, supaya proses alam berjalan dengan lancar, tersusun, dan teratur. Alam pula bertasbih dengan terus mematuhi aturan 
yang ditetapkan oleh Allah.

 

Ketika Alam Bertasbih melihat perkaitan antara al-Quran, sains, dan alam. 
Betapa istimewanya anugerah kitab suci Tuhan, apabila digabungkan dengan pencerapan sains 
dan kesudian menghargai alam.

Ketika Alam Bertasbih membongkar dan membedah keistimewaan alam. 
Apabila kita berjaya menyebar keistimewaan alam, kita mendengar panggilan alam supaya supaya turut sama bertasbih. Bukan sekadar mengucapkan 
subhanallah, malah mengucapkan syukur, 
dan menikmati apa yang ada pada alam dengan penuh rasa tanggungjawab.

Membaca Ketika Alam Bertasbih, semoga alam tidak sendirian lagi.

 

 Prakata
Prolog
Al-Kindi : Saintis Ulung
Misteri Bandar Roseto
Bahagian Satu
Di Bawah Langit-Mu
Ibnu Al-Haytham: Mencari Cahaya Langit
Atap Kurniaan Tuhan
Gas Rumah Hijau
Bumi Makin Bahang
Di Mana Silapnya?
Bahagian Dua
Di Dasar Laut-Mu
Al-Idrisi Pelukis Peta yang Ulung
Sungai Di Dasar Laut
Lautan dan Iklim
Timbunan Sampah Pasifik
Selamatkan Lautan
Bahagian Tiga
Di Kejernihan Air-Mu
Derita Banjir: Pakistan 2010
Air dan Manusia
Krisis Air Dunia
Hujan Lebat Kemarau Panjang
Kunci Ke Syurga
Bahagian Empat
Di Keindahan Flora dan Fauna-Mu
Anson Wong: Saudagar Ular
Taring Harimau, Madu Lebah
Nasib Amazon
Ekosistem dalam celaru
Pendamping Penyu
Bahagian Lima
Diuji Bencana-Mu
Bencana Alam Dalam Quran
Sains membuktikan Quran?
Dari Karakatoa ke Pinatubo
Tsunami Mengubah Manusia
Tsunami 2004: Bertemu Keajaiban Ilahi
Pengajaran Daripada Katrina
Epilog
Islam, Alam dan Manusia
Bumi Mengajak Kita Bertasbih
Bibliografi



Sebagai seorang graduan sains samudera, buku ni membuka mata saya untuk melihat ilmu yang dipelajari dari perspektif Al-Quran. Kandungan saintifik buku ini secara tidak langsung memaparkan bukti-bukti bahawa Quran itu datangnya dari Tuhan Yang Satu, yang telah menurunkan Al-Quran. Sekaligus meningkatkan keyakinan saya sebagai pembaca terhadap Islam.
Write a review

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI