Penerbit: Rabak Lit
Penulis: Matyie Abahaydar
Muka Surat: 213
Halaman: Berwarna dan hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.230
Dimensi (cm): 20.5 x 1 x 13
Kau percaya Hollywood? Jangan! Bak kata Noam Chomsky, media adalah satu alat yang digunakan untuk memujuk-kilangkan setuju para audien, dan filem adalah salah satu media penting untuk membina sudut pandang. Maka Hollywood bukanlah sumber ilmu yang dipercayai. Tapi, untuk berlaku jujur, ada juga yang boleh diteladani melalui filem kan, tak gitu?
Dari filem-filem seperti Titanic, The Matrix, The Grapes of Wrath, fight club ke Saving Private Ryan di sebalik tema, satira, simbolisme,dan kebetulan-kebetulan, ada perkara yang menyinggung dan memerli dunia sebenar. Dari budaya konsumerisme-hiper, kegilaan media sosial, geo politik hingga sistem ekonomi dan ideologinya, perkara seputar ini dibincangkan dengan sesantai mungkin.
Pada masa sama, tak ketinggalan ia juga bercerita tentang perkara di sebalik tabir pembikinan filem dan pemain - pemainnya. Nak tahu cerita George Clooney koyak tengkoraknya sewaktu lakonan, atau Edward Norton tumbuk telinga Brad Pitt? Ayuh dapatkan buku ini.