Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Karya Agung: HIKAYAT HANG TUAH # (L59)

RM180.00
Price in points: 180 points
Weight: 1.10 kg
karya-agung-hika
Out-of-stock
Add to wish list

Tajuk: Karya Agung: HIKAYAT HANG TUAH
ISBN: karya-agung-hikayat-hang-tuah
Penerbit: Yayasan Karyawan
Dikaji & Diperkenalkan: Kassim Ahmad
Tahun Terbitan: 2017
Muka Surat: 585
Format: Hardcover

Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Berat (kg): 1.1 kg
Dimensi: 23 cm x 15.5 cm x 4 cm


---


Tidak seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah tidak banyak menarik perhatian para sarjana. Beberapa orang sarjana Eropah sungguhpun telah menerbitkan teksnya, sama ada selengkapnya atau sebahagiannya sahaja, mencatat kan pendapat-pendapat mereka tentangnya, dan juga telah menterjemahkannya ke dalam bahasa-bahasa mereka,² tetapi usaha ini tidak menyamai usaha yang telah dilakukan terhadap Sejarah Melayu yang terkenal itu.

Ini barangkali kerana Hikayat Hang Tuah bukan bercorak sejarah. Orang-orang Eropah yang datang ke Asia Tenggara pada zaman penjajahan dahulu ingin mengetahui sejarah negara-negara yang ditakluki mereka. Dari segi ini, Hikayat Hang Tuah sama sekali tidak berfaedah bagi mereka. Sekarang keadaan sudah berubah. Tumpuan perhatian kita adalah kepada nilai-nilai sastera yang sebenarnya. Kita wajar menerima dan menilai hikayat ini sebagai sebuah karya sastera.

Tidak perlu ditegaskan bahawa hikayat ini bukan sebuah sejarah. Ini jelas daripada namanya sendiri. "Hikayat" ertinya cerita, dan kesusasteraan Melayu jenis inilah sebenarnya yang menjadi nenek moyang kepada bentuk novel atau roman Melayu moden (roman Melayu yang pertama bernama Hikayat Faridah Hanum, 1926, dikarang oleh Syed Sheikh al-Hadi). Oleh itu salahlah kalau cerita Melayu yang paling panjang ini (lebih kurang 146 000 perkataan) dikesampingkan begitu sahaja atas alasan ia mencemarkan sejarah.

Sejarah bukan perkara yang dipentingkan. Soal apakah Hang Tuah dan Hang Jebat betul betul ada, apakah cerita ini benar-benar berlaku dan sebagainya, bukanlah soal yang relevan. Pengarangnya mungkin tidak per nah membaca Sejarah Melayu. Bahkan ada bukti-bukti yang kuat untuk menyatakan bahawa bahan-bahan hikayat ini tidak dikutip daripada Sejarah Melayu.

Penerbit:
Yayasan Karyawan
Tahun Diterbitkan:
2017
Format:
Hardcover
Halaman:
Hitam Putih & Berwarna
Muka Surat:
585 Muka Surat

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI