Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


KARYA AGUNG: Pantun Melayu: Bingkisan Permata #L4

RM210.00
Price in points: 210 points
Weight: 1.56 kg
9789839510072
Out-of-stock
Add to wish list

Tajuk: KARYA AGUNG: Pantun Melayu: Bingkisan Permata
ISBN: 9789839510072
Penerbit: Yayasan Karyawan 
Penulis: Harun Mat Piah
Tahun Terbitan: 2007
Muka Surat: 864
Format: Hardcover

Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Berat (kg): 1.560 kg
Dimensi: 23.6 cm x 15.7 cm x 2.8 cm

SINOPSIS

Bingkisan Permata yang dikaji dan diperkenalkan oleh Harun Mat Piah menghimpunkan lebih 4000 rangkap pantun, puisi istimewa ciptaan orang Melayu. Buku ini memuatkan pelbagai jenis dan bentuk pantun, yang meliputi tema dan isi yang luas serta pelbagai.Bingkisan Permata merupakan tajuk kecil daripada judul koleksi pantun ini sesuai dengan konsep bingkisan, iaitu bungkusan (barang kiriman, buah tangan) yang biasanya disertai surat untuk disampaikan kepada orang yang dikasihi dan dihormati. Permata merujuk kepada pantun yang menjadi warisan budaya masyarakat Melayu, manakala penerima yang dimaksudkan ialah masyarakat atau bangsa Melayu di seluruh Nusantara yang mewarisi tradisi ini. Oleh itu, sesuai dengan konsep bingkisan yang diketengahkan oleh karya ini, buku ini telah dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Bingkis Pemula, Bingkis Bicara, Bingkis Kasih dan Bingkis Penutup. Bingkis Pemula merupakan himpunan pantun dengan maksud memulakan bicara, majlis atau warkah. Bingkis ini dimulai dengan “Awal Bismillah” yang merupakan kata alu-aluan memulakan majlis; diikuti oleh pantun-pantun ringan yang membawa maksud jenaka dan usik-mengusik. Bingkis Bicara pula mengetengahkan tema-tema pantun yang agak berat, bermula tentang ‘Adat dan Etika’, ‘Budi dan Adab’, ‘Agama dan Pengajaran’, ‘Peribahasa, Kiasan dan Ibarat’ dan kemudian tentang ‘Perantauan dan Nasib’. Pantun-pantun yang mengangkat tema percintaan pula dihimpunkan dalam Bingkis Kasih. Misalnya dalam ‘Cinta Bersemi’ ialah pantun yang membawa maksud usik-mengusik, berkenalan dan berjanji, diikuti dengan ‘Hasrat Tercapai’ yang menggambarkan kegembiraan dalam hidup berkasih dengan tercapainya cita-cita dan harapan para kekasih, misalnya untuk sehidup semati dalam ikatan perkahwinan. Bab ini diakhiri dengan tema ‘Kasih Terhalang’ dengan maksud harapan yang tidak kesampaian, terhalang oleh peristiwa-peristiwa tertentu. Karya ini diakhiri dengan Bingkis Penutup yang merupakan himpunan pantun sebagai penutup pembicaraan. Sebagai sebuah karya agung, Bingkisan Permata menghimpunkan rakaman kebijaksanaan masyarakat Melayu lama dalam membuat pengamatan yang tajam terhadap keadaan dan perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka. Pantun-pantun yang tercipta mengandungi pemikiran atau falsafahnya yang tersendiri dalam menjalankan peranannya sebagai medium untuk berkomunikasi dan berhibur dan pada masa yang sama mendidik khalayak pembaca dengan nilai-nilai yang positif.



Penerbit:
Yayasan Karyawan
Tahun Diterbitkan:
2007
Format:
Hardcover
Halaman:
Hitam Putih & Berwarna
Muka Surat:
864 Muka Surat

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI