Penerbit: Fajar Pakeer
Penulis: Embun Mawar
Muka Surat: 598
Halaman: Hitam dan Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.49 kg
Dimensi (cm): 11.5 cm x 18 cm x 2.5 cm
Kegagalan hidup yang datang dari segenap sudut telah merubah seorang lelaki. Cinta dan kerjaya yang hancur dalam sekelip mata menjadikan dia mudah mengalah dengan takdir.
Dalam dia merangka mencari cahaya, datang gadis itu menawar diri untuk memulihkan kembali semangat hidup yang terkubur.
Sehebat mana pun Haziq cuba menolak keikhlasan hati Haura, semakin Haura tabah berjuang untuk seorang lelaki yang tidak punya apa-apa sepertinya.
“Aku serba salah... aku risau kau takut kalau dengar apa yang aku nak cakap. Aku yakin kau akan anggap aku jahat...” – Amirul Haziq
“Just tell me everything... jangan takut...”- Haura Syafirah
Saat semua orang menuding salah padanya, hanya Haura yang setia membela. Namun, di hati Naura, tiada siapa tahu… bahawa rahsia yang tersimpan lama tidak akan kekal selamanya. Ini mungkin kifarah atas dosa-dosa lalunya terhadap Haziq.
“Bunuh saya sekarang! Bunuhlah sepuas hati! Tikam saya sebanyak mana! Jika itu yang boleh memadamkan segala dendam di hati…” – Haura Syafirah
Apa lagi ikhtiar yang mampu Haura lakukan selepas kisah silam 11 tahun yang lalu menjadi perisai kesumat kepada lelaki itu.
“Kenapa hidup ini tidak pernah adil untuk manusia seperti aku?” - Amirul Haziq
Adakah manusia sepertinya akan kekal sebagai watak antagonis di mata dunia sementelah jiwanya cukup terseksa tidak menginginkan ini semua terjadi?
Bagaimana mungkin melepaskannya, sedangkan menggenggamnya saja tidak pernah?
Ternyata jatuh cinta sendirian itu menyakitkan. Berharap sang pujaan hati mencintai kembali adalah kalam yang dinanti. Menyerah jalan satu-satunya? Atau penghujungnya…
“Tolong, aku merayu, benarkan aku jumpa dia… buat kali terakhir…”