Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Save 15%

Kaedah Pembahagian Harta Pusaka Dan Kepentingan Wasiat # (L39,BL37)

Harga Asal: RM35.00
RM29.75
ANDA JIMAT: RM5.25 (15%)
Price in points: 30 points
Weight: 0.52 kg
9789670078090
15 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Kaedah Pembahagian Harta Pusaka Dan Kepentingan Wasiat
ISBN: 9789670078090
Penerbit: Must Read
Penulis: Ustaz Ghazali Ibrahim
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 360
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.518
Dimensi (cm): 23x15x2
 
SINOPSIS
 

“Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkannya kepada orang lain. Kerana
sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada ilmu yang banyak.
Tetapi malangnya, ia adalah ilmu yang dilupakan dan ia adalah
ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku!"
(Riwayat al-Hakim dan Baihaqi)

Ilmu faraid adalah kunci untuk kita mengurus, membahagi dan merancang harta pusaka. Namun, ramai umat Islam hari ini mengabaikan ilmu tersebut. Akibatnya, berlaku perebutan harta dalam kalangan ahli keluarga. Banyak kes pembahagian harta pusaka yang masih tidak selesai walaupun pemiliknya sudah lama meninggal dunia.

Realiti hari ini benar-benar membuktikan bahawa ilmu faraid adalah ilmu yang dilupakan dan mula-mula dicabut daripada umat Nabi Muhammad SAW. Bukti paling hampir, cuba anda yang sedang memegang buku ini tanya diri sendiri:

“Adakah kita benar-benar tahu dan mahir tentang ilmu faraid?”

Bahkan jika kita bertanya soalan berkenaan faraid dan pusaka kepada mereka yang bergelar imam ataupun ustaz sekalipun, jawapan yang mungkin diberikan ialah, “Nanti saya rujuk kitab dahulu.” Atau, “Saya rasa pejabat pusaka lagi mahir dalam hal ini."

Maka, marilah kita sama-sama mempelajari ilmu faraid agar kita tahu hak dan bahagian sebenar setiap waris. Jangan sampai kita terambil atau merampas bahagian yang bukan hak kita! Apa yang lebih penting, harta yang ditinggalkan sepatutnya digunakan untuk menyelesaikan hutang-hutang si mati terlebih dahulu. Semoga kita terhindar daripada fitnah harta serta selamat di dunia dan akhirat.

Ustaz Ghazali Ibrahim telah berkecimpung dalam bidang faraid dan pusaka selama lebih 7 tahun. Beliau sering memberi ceramah berkenaan isu faraid dan pusaka dalam bentuk bengkel, kursus dan seminar. Beliau juga telah melatih lebih 600 orang Perunding Pusaka dan menyiapkan lebih 1,500 Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka.

Penerbit:
Must Read
Tahun Diterbitkan:
2023
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
360 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI