Penerbit: Dear Novels
Penulis: Nureen Ahmad
Muka Surat: 468
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.370
Dimensi (cm): 18cm x 11cm x 2cm
Cinta pandang pertama? Karut! Bagi Adam untuk jatuh cinta buat kali kedua itu sangat mustahil. Namun tak siapa menduga, Adam akan terpaut hati kepada babysitter anaknya sendiri. Babysitter tomboi pula tu. Limited edition!
“Walaweh, ni rumah ke zoo?” - Adel. “What? Zoo? Amboi belum mula kerja dah nak membawang?” - Adam.
Adel benci apabila sering dibuli oleh Adam. Hendak melawan lebih-lebih, bimbang dipecat pula. Penat sudah dia untuk bertukar ganti kerja. Akhirnya dia terpaksa merelakan saja sikap sewel Adam itu.
“Garangnya bibik. Awak tertelan sarang tebuan ke apa ni? Marah sangat.” - Adam. “Encik ni memanglah. Wayar putus.” - Adel.
Kuasa Allah tak siapa dapat menyangkalnya. Daripada perasaan benci, kini perasaan itu berbalik menjadi cinta. Dalam mereka menghitung hari untuk disatukan, Adel mula curiga dengan perubahan Adam. Namun Adam pantas memujuk. Membuatkan hati Adel kembali sejuk.
Mahligai yang terbina pada awalnya sangat membahagiakan. Sehinggalah satu ‘rahsia’ yang menjadi tanda tanya dan titik permulaan curiga Adel terhadap Adam.