Tajuk: Jenayah Rasuah Di Malaysia: Penyakit Sosial Merentas Zaman
ISBN: 9789834921996
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Penulis: Mohamad Fauzi Husin
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 268
Halaman: Hitam Putih
Berat (kg): 0.41 kg
Dimensi: 23 cm x 15.3 cm x 1.5 cm
SINOPSIS
Buku in secara umumnya lengkap dan merangkumi semua aspek tentang perlakuan jenayah rasuah, khususnya dalam konteks negara ini. Buku 10 bab ini dimulakan dengan pengenalan kepada definisi dan konsep jenayah rasuah dari aspek bahasa, budaya, undang-undang dan perspektif pelbagai agama. Selain it, penerangan diberikan tentang sejarah penubuhan agensi pencegahan rasuah di negara ini sejak tahun 1957 sehingga kini, bermula dengan penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BR) sehingga penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009 dan penguatkuasaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Dalam tempoh itu, beberapa kali undang-undang antirasuah dipinda dan diperkukuh bagi memastikan usaha memerangi dan membendung penularan jenayah rasuah turut diperhebat. SPRM dikawal oleh lima buah badan bebas mewakili rakyat Malaysia bagi memastikan jenayah rasuah diperangi dengan lebih berintegriti, telus, bebas dan diyakini oleh rakyat tentang kebebasannya memerangi jenayah rasuah. Hal ini selari dengan berkembangnya jenayah rasuah yang semakin kompleks, berangkai dan merentas sempadan negara. Aliran perlakuan dan bentuk jenayah rasuah mula berkembang dan merebak bukan sahaja merentas zaman, sebaliknya melangkau dunia tapa sempadan.
Buku ini menerangkan teori, konsep tingkah laku jenayah rasuah, konsep pemberi, konsep penerima dan orang tengah dalam perlakuan jenayah rasuah. Buku in juga memperincikan ciri, jenis, simptom, dan bentuk jenayah rasuah yang begitu unik yang bertapak di negara ini sejak sekian lama. Buku in memberikan pengetahuan mengenai punca berlakunya jenayah rasuah dan implikasi buruk jenayah rasuah. Perincian diberikan mengenai langkah berkesan dalam memerangi jenayah rasuah dengan mengatakan "tidak" kepada jenayah rasuah, pencegahan rasuah dari sudut ajaran Islam, inisiatif dan peranan kerajaan dalam memerangi jenayah rasuah. Di samping itu, buku in menjelaskan cara SPRM berjaya memainkan peranan dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi pencegahan rasuah peringkat antarabangsa. Bab terakhir buku in digarap untuk menarik perhatian para pembaca agar bersama-sama membantu SPRM dengan melaporkan perbuatan jenayah rasuah, yang menjelaskan kepentingan maklumat berkualiti tentang jenayah rasuah, saluran aduan dan perlindungan di sisi undang-undang kepada pemberi maklumat.