Penerbit: Fajar Pakeer
Penulis: ARIASEVA
Muka Surat: m/s
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.435kg
Dimensi (cm): 18cm x 11cm x 2cm
Ada bahagia, tetapi tiada ketenangan di jiwa, sehinggalah seseorang mengusik pandangan mata birunya…
"Awak jangan curiga pasal saya. Saya bukan gengster. Saya manusia biasa juga" - ARYAN FROY LOUISE
Dia hanya seorang gadis polos yang cantik dan masih mencari hala tuju hidup.
Tetapi, dia terlalu jual mahal sehingga tidak pernah tertarik dengan mana-mana lelaki, kecuali dia...
"Please... Awak jangan fikir awak handsome, awak boleh dapat apa yang awak nak. Dengan perempuan lain maybe ya, tapi tidak dengan saya. Saya warning awak ya, jangan pernah cuba untuk cuba. Did you get it?" - QUIN AVRIN
Perkenalan ringkas, namun terbias. Niat untuk berkawan akhirnya menjadi kenyataan.
"I don't kill people" - ARYAN FROY LOUISE
"But I do" - ARIQ FRANDY LOUISE
Bermandikan darah umpama perkara biasa. Bermain senjata api memang hobinya. Kematian dan semua itu dianggap percuma selagi namanya manusia.
Tetapi, manusia sepertinya jua perlukan cinta.
Layakkah seorang lelaki sepertinya memberi bunga indah kepada si mata hazel?
Atau si mata hazel hanya mampu merasa detak tanpa tahu siapa sebenarnya jejaka blue itu?
Antara suka dan duka, yang mana melingkari hidup mereka?
Belajar daripada kehilangan, membawa penyesalan. Belajar daripada kehidupan, membawa kebenaran.